Karak !

26 May 2011

*27 May 2011


Ouyeaahhh ! Dapat juga aku tengok KARAK doe hari nie .HAHA.
Setengah jam berdiri nak tunggu masuk, semangat ! HAHA .
10.30 malam ,START !
Oke, aku masuk da start seram .HAHA ,Tapi cerita nie best laa aku rasa. Ada mesej yang dia sampaikan.
Kelakar pon banyak doe. Sempoi je cerita dia dok. Smart smart smart !

"Kata orang beriman, kenapa lari?"
Ini ayat macam sadis sikit dia perli. Banyak doe dia perli dalam cerita nie.
"Ayat kursi tu jangan hafal je kalau tak tahu maknanya"
Haaa, Dia bagi mesej lagi dekat sini. Tapi memang gerek laa weyh :)

Suka, tak nyesal !
Memang tak nyesal!

Lepas movie je, perut aku terus krrukk kkrruuk krruk !
Yes, Hydir ,please bawa aku ke Banafee ye :) Terima kasih .

Malam nie macam fangsenn sikit au datang. Joget lambak lagu Arab. Nampak tak? Memang tak laa an korang na nampak :)

Ini laa Hydir dengan muka yang PALING HENSEM !

Ini nama dia Daniel :) Boleh panggil dia Niel .HAHA


Makan dulu, kasi goyang sikit badan dengan lagu lagu dia.
Sambil makan, sambil goyang ! HAHA

Oke, dah kenyang, BALIK !!


Cerita BAM :

Time OTW nak balik rumah, aku da sorang sorang. Tengok jam memang dah pagi da nie.
Lalu pula kilang kilang yang macam tak nak beroperasi memalam nie. Masuk kawasan tu aku da start seram da weyh .
Tengah berdoa dalam hati tu, sambil sambil dengar lagu nie,

SUMPAH !

RADIO AKU TAK HIDUP ! Aku dah gelabah dah weyh .Nervous sangat sangat siak. Aku biarkan je dulu.
Aku langsung tak pandang belakang, kiri, kanan. Pandang depan je weyh.
Slow slow aku try tukar channel radio, nasib baik boleh .
Allah saja yang tahu korang tahu tak.

Alhamdulillah,
Aku selamat sampai ke rumah dengan tenang nya. Syukur :)

p/s : Sebelum pergi kau kepoh tak takut hantu an Bam? Hujung hujung, kau juga yang cuak. Padan muka.

Arios tho !

Review : KaraK

25 May 2011

Hari nie birthday Zaref Zainudin !
Wish : Semoga kau berjaya dalam hidup ,and jangan pernah lupa aku kawan :) I LOVE You so much darling <3

Hari nie result exam keluar !
Wish : Semoga aku dapat result yang best !
And yesss ! Clear paper lagi for this sem dude :) Thanks God .
Aku nak study more lagi laa for next sem. Study kasi betul sikit. Baru pointer aku naik dengan mendadak, nie naik macam cekadak je weyyhhh . Frustrated !

Tak pe laa .At least aku kena terima juga result tu semua sebab ,kau bukan nya baca buku Bam kalau nak result gempak sangat ! *marah diri sendiri !
Oke, aku terima .

Ekh ,tadi around pukul 3.30 ptg, aku tengok making of Karak ! Wow .
Macam seronok ,mesty seram. SUKA gile !
Lagi seram, lagi best. Baru laa syiiookkkk nak layan cerita horror macam nie. Ouh ! Hopefully cerita nie seram sngat,
Supaya aku tak bosan dan mengantok nanti dalam movie.

See! Owesome kan poster dia ? Excited sangat .


Esok cerita nie keluar weeyhh ! Siapa nak tengok ?? Confirm confirm laa aku nak tengok.
Tengok memalam baru rare doe ! HAHAHA .Lagi laa esok malam Jumaat, oh man !
After tengok, mesty aku tidur bilik my mom .SUMPAH !

Yang penting...

Esok aku nak tengok weyyhhhh . Yang penting da ade orang nak teman aku tengok . So, tak yah susah susah aku nak contact orang supaya temankan aku .Yeaayy !

Saksikan laa dipawagam pawagam berdekatan anda . Har har harrr *ketawa jahat !

p/s : Bam kau jangan konon konon tak takut laa, walaupun kau kurang penakut . Har har har !

Arios tho !

HB Hero ! VS Monsta Cafe

21 May 2011

*22 May 2011

Ini hari aku nak wish birthday dekat kembar ,Azma Zaidin and Alya Zaidin .Love both of You darling :)

Oke. Hari nie kiteorang pergi tengok NUR KASIH. Hurmm .Not bad, walaupun aku tak follow yang episode punya, tapi aku boleh layan juga laa tadi.
Ada yang sampai meleleh juga air mata aku. OMG!
Tapi sumpah, Messa nanges hampir ter-esak esak kot aku rasa .HAHA. Great Messa :)
Tapi aku boleh gelak nak mati kot tengok cerita uh, HAHA. Tak tahu la korang perasan ke tak part mana yang kelakar. Aku ,Bagong and Famy memang dah bantai gelak gila gila.
Sumpah ,memalukan diri sendiri time gelak uh. HAHA.
Kalau korang tanya kenapa, mesty aku tak tahu kenapa aku or kami gelak. HAHA *Tetibe teringat part yang kelakar uh :)

I give **** !

Dah habis merembeskan air mata dalam movie uh, then kami pon gerak *hanya Messa sahaja yang merembeskan air mata yee..
Niat nk pergi Rendez Vous Cafe ,hujung hujung dah sampai ,TUTUP, Potong !
Lepak Assalam jap. Bergurau, bertepuk tampar jap. Then, kami gerak ke Nusa Bestari.
Monsta Cafe !
Heaven doe. Kedai yang comel. OMG ! Style gila.
!MONSTA CAFE


*Bam ,buat apa kau semua pergi situ?
Opss ! Kitaorang lepak Monsta Cafe sebab nak celebrate birthday boy, Zaref Zainudin ! Walaupun birthday dia 25 nanti, kiteorang sambut awal, sebab nanti ramai da balik kolej.
Surprise !!!! Oke, dia terkejut :) Seronok ,cool, nice, heaven !
Tak ada apa nak cerita sangat dekat sini, just layan pictures nie je laa kawan kawan semua.

BEDAY BOY !







Makanan dan minuman kami !




F R I E N D S S !

Nie nama nya HAZWAN HISHAM !

C I N T A <3


bersama Zaref <3

L E L A K I kami <3


Yeaahhh !


Thanks to semua yang ada ,Messa, Ammar, Bagong, Azral, Famy, Hazwan Hisham, birthday boy Zaref and his girlfriend :)

p/s : Best nya kalau birthday aku pon dapat celebrate dekat temmpat tempat yang cool macam nie .Hurmm .Dreaming !

Arios tho !

Pizza Hut Larkin

20 May 2011

*21 May 2011

Macam biasa, Pizza adalah destinasi bajet bagi kami. *Bajet pale hotak kau Bam! Mahal doe.
Oopss ! Bajet disini ialah, kami menggunakan orang dalam untuk mendapatkan makanan yang berlebihan. So, the point is, korang cari laa kawan yang kerja macam kawan aku nie.
Mulia hati dia sebab tolong kawan kawan macam kami nie :)

Ini dia kawan kami yang mulia hati nya, Famy Muzamal :)


Kalau korang nak dapat murah, sebut je kawan BAM AZEERA, pasti dapat murah *oke ,aku tipu !
Walaupun hujan serta guruh dun tam dun tam ,aku ,Messa and Kina still gagah nak pergi juga,
Yess ,we gooo !




Menarik tak .Aww~ Sedap oke ,tak ter-abis.


Sambil makan ,sambil bergambar, HOBI dan tabiat doe.



Almost 10 years kita kawan kannn :) So sweet !




After dah makan makan nie, niat hati nak laa ajak si Kina nie pergi jalan jalan kejap, macam biasa,
Dia nak pergi ambil kakak dia balik kerja, hurmm .Oke laa *Actually ,sekarang susah nak ajak Kina nie berjalan, busy je memanjang. Biasaa laaaa ...

After dia hantar kiteorang balik, aku amek kereta. Niat hati nak ke Setia Tropica sebab nak try usha usha kedai makan yang best best.
Ekh, aku bangga laa jadi rakyat JB.
Sepanjang aku duduk dekat KL an, aku tak pernah jumpa lagi drive-thru Starbucks.
Ekh ,nie JB au, dekat JB ada beb . Malas je nak cerita an *belagak laa pula kau Bam. HAHAHA .

Nampak tak ,nampak ?? HAHAHA


Tapi tak pon beli pape, betol betol drive-thru laa aku buat. Sebab niat pon just nak tengok kedai an, so, lain kali laa beli.

Tempat nie memang baru tau, aku pon tak tahu tempat nie heaven laa juga. Tapi bila da baru, ada laa masalah dekat sini.
Nak balik je, dah menyusahkan dan memeningkan.
Mahu kena balik ikut highway, dengan kena tol lagi. Hamboihhh ! Itu satu hal, ini dengan jem nya lagi.. Yaa'rabbi !
Dah laa macam tu, aku dengan si Messa nie main jalan je. Sesat memang nasib laa an. Mahu ke KL kalau sesat uh .
Tp, see !
Kiteorang pandai, dapat pon balik dengan selamatnya .HAHA. Good Bam ,Good Messa :)

p/s : Bam ,tadi kau menjerit jerit ekh dalam kereta sebab takut sesat ?? Haamaigaaddd !

Arios tho with this pokemon face !

Jejak Kasih

19 May 2011 *Again

Kau tahu jejak kasih ? Alaaa .Kalau da lama tak jumpa then ,kau jumpa balik .
Macam tu laa :)

Oke ,sekarang aku nak cerita yang aku mula jejak kasih dengan kawan sekolah rendah aku .Thanks dekat Leya sebab invite aku dalam group SKPR 2004.
And ,big thanks to the admin Zalikha .Kalau dia tak buat, aku rasa ,tak ada sesi jejak kasih nie .Thanks babe :)

Mengimbauuuu ,,,

Ramai yang aku tak kenal dalam group nie .Bukan tak kenal laa ,tak ingat sebenarnya .Lupa gilaa .Maklum laa ,dulu gaul dengan geng geng kita jee .
Geng lain mana nak layan, konon HOT *Please BAM ,jangan nak perasan.
Rupa rupa nya, cool laa dapat gather balik even dalam FB je.
Ekh korang, why not if kita buat gathering later ? Cool kan ?? HAHA

Wah ,,,

Indah laa sekolah rendah dulu, Aku tengok adik aku punya sekola rendah, sumpah tak best mcm aku dulu dulu .
Syukur aku di lahirkan pada tahun 1992 ! Yeaahhh ! HAHA .

Dengan tiada perasaan malu terhadap wajah nye yang comot semasa kecik, aku kongsi pic nie dekat korang .HAHA .

Cari laa muka aku ,Ya rabbi ! HAHA . Thanks laa kat Zalikha sebab simpan pic nie *walaupun tak ada pon muka dia dekat sini.


See, kenangan doe .HAHA .

p/s : Sentiasa laa ingat kat aku walaupun aku tak berapa ingat kat korang .HAHA

Arios tho !

Al-Fatehah TelorDibasuh~

19 May 2011


Siapa tahu pasal blog Telordibasuh pasti tahu berita nie. Sebab hari ini penulis Telordibasuh telah kembali ke rahmatullah kerana penyakit jangkitan kuman di paru-paru.
Abdul Hakim Bin Mohd Kamal iaitu penulis Telordibasuh telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital di Putrajaya .

Tubelawak ada inform dekat facebook :

Abdul Hakim Bin Mohd Kamal atau lebih dikenali sebagai "telordibasuh" telah meninggal dunia sebentar tadi.. sama-sama kita berdoa semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. al-fatihah untuk Abdul Hakim Bin Mohd Kamal

Pesanan dari abang beliau:

Andai arwah ada melakukan kesilapn sepanjang hayatnya, saya selaku abgnya ingin menyusun jari memohon maaf mewakilli pihak arwah. Dan andai masih terdpt hutang yg belum arwah selesaikan. Bolehlah maklumkan dgn menghantar msj ke Fb saya. Syukran jazakallahu khairan! (Firdaus Kamal)


Aku PEMBACA blog dia .Memang kelakar. Macam macam cerita kau tak tahu, kau boleh tahu kalau kau singgah blog ni .Telordibasuh .

Sangat macam terasa juga laa bila dia dah tiada. After nie, dah tak dapat nak layan blog dia yang super cool tu.
Btw, sebagai orang Islam, kita sama sama doakan akan kesejahteraan dia kelak di sana.
Al-Fatehah ~

p/s : Ajal maut kini tak menentu untuk seseorang itu pergi meninggalkan dunia ini.

Arios tho !

Thanks kawan :)

14 May 2011

Bila bosan, aku godeh semua album kawan kawan aku dekat FB .
Memang berbaloi ponn. Sebab aku jumpa pic yang menarik. Actually, aku memang da jnji nak letak pic nie dekat blog aku.
Tapi aku nie kan selalu busy ,aku lupa pula. *cewah-
Oke kawan .Sekarang aku letak pic kau edit nie :)


Cool tak ?


Thanks Zaref Zainudin <3

Bagi aku nice laa pic nie sebab budak multimedia pulaakkk yang edit. Memang laa nice .Kalau aku yang edit, mahu teruk pic nie !
Rindu laa dengan korang *rindu macam dulu . Ngee~

MALESSA SALLEH, NUR SAKIENAH, AMMAR SYAHMIN, ZAREF ZAINUDIN, DANE ZAINOL, AZRAL MD NOH, FAMY MUZAMAL and AHMAD NAJIB <3 <3 <3

p/s : Yang mana ada, kekal forever oke sayangsss :)

Arios tho !

Ini cerita BAM !

12 May 2011

Aku hari nie keluar rumah sebab melayan kan si Aina Nadira. Dia seboleh boleh nak tengok movie KONGSI time first day keluar. Gila bangang !
Dia paksa nya aku and Malessa Salleh .
Oke laa ,Fine . Kesian pon ada gak tengok si straight *Aina - nie :)
Kiteorang layan kan, dengan tengah pokai waa cakap lu, nasib baik boy dia baik.
Dia support aku dgn Messa . Thanks Hafiz Faizal :)

Ekh , aku cakap dgn korang ekh, memang kiteorang ORANG FIRST yang masuk and duduk beb dalam tu. Nak sangat jadi orang first, amek kau .
*Cerita KONGSI uh , dalam lima bintang, aku boleh bagi tiga je. Sebab ? Entah laa . Tengok laa sendiri . HAHA .
Yang penting , segala perbelanjaan ditanggung :)

Nie muka gembira dia *tapi kiteorang yang duka ..




Punya laa sayang kawan, aku dgn Messa just pergi makan dekat destinasi bajet ke *Tepian Tebrau :)


Then, after hantar Aina ,kiteorang pusing pusing satu JB. Pusing sampai boleh laa weyh .

Aku : Messa, kau agak minyak nie cukup tak ? Macam malas nak isi.
Messa : Ekh, boleh laa Bam. Boleh jalan lagi nie.
Aku : Betul gak ekh, kalau kat sana member aku isi RM5, dari Subang boleh jalan jalan sampai KL, tak de pape pon.
Messa : Haa Memang boleh laa tu .

Okeh, walaupun risau dengan minyak nie, aku jalan juga. Pusing sana , pusing sini.
Rasa macam kereta nie pakai peluh aku je isi.
Tapi aku makin cuak. Aku try cool je . Tapi tak boleh.

Aku : Messa, kau rasa minyak nie cukup ke?
Messa : Cukup, sebab lampu dia belum keluar.
*hurmmm, betul juga ekh.

Singah sana ,singgah sini. Masuk sana ,pergi sini.

Aku : Messa , jom laa isi minyak nie.
Messa : Tak payah laa. Cukup nie. Kau jangan risau.

Di sebab kan aku da penat and mata dah mula pitok pitok, aku suruh Messa drive. Alhamdulillah. Dapat gak aku rehat. Ekh ,kiteorang tak cukup tidur la weyh.
Sebab kena bangun awal takut tiket abis.
Ini Aina punya pasal beb, semua boleh. Tak ada hal laa.
Siap kejutkan bangun lagi tau nak suruh kiteorang pergi.
Aina aina ..

Messa : Ekh Bam ! Asal kereta nie terenjut enjut ?
Aku : Kau jalan je, tak de pape kot.
Messa : Ekh .Jalan ape nye, dah tersengguk macam nie.
Aku : Parking tepi, parking tepi !

......................................................................................

Aku : Mati kan semua enjin .then ,hidup kan balik.
Messa : Perghh ! Tak boleh laa Bam.
Aku : Try lagi Messa .
Messa : Dah doe. Tak boleh juga.

Oke, aku tahu . MINYAK HABIS a.k.a MINYAK KERING !
Shitto ! Ape nak buat seyh . Da nak sampai rumah dah nie. Main gila kereta nie.
Orang kata, ada kawan ,kita manfaatkan. Sebab kawan boleh tolong kawan an ??

Azral Md Noh !

Heyyy ! Dia HERO aku oke malam nie .HERO aku dengan Messa . Call dia je. Pasti datang laa seyh !

*sementara itu

Aku : Ekh ,tu mesty Azral da sampai, sebab ada motor je kat belakang nie.
Messa : Jangan doe. Kau tengok betul betul . Jap lagi orang jahat mcm mana? Kunci pintu, tutup tingkap doe.

Motor tu usha kereta aku beb, dia lalu tepi ,betul betul tepi siot. Mahu tak gegel au kat situ an.

Aku : Ekh Messa ! Ada kereta berhenti doe. Azral kot.
Messa : Kau duduk diam je . Jangan tengok belakang. Tunduk, tengok depan je.
Aku : Betul laa kot.
Messa : JANGAN Bam ! Jangan turun ,jangan buka tingkap. Buat bodoh je .

Sekali polis doe. Siap suluh suluh kereta aku. Perghh ! Aku punya sticker P dah laa tak ada. Cuak gak aku. Seb baik dia tengok road tax je .

Polis : Kenapa ?
Aku : Kereta minyak habis laa.
Polis : Ouh, tu pam minyak. Kenapa tak beli ?
Aku : A'ah laa .Tak perasan *sambil gelak. Tapi dah suruh kawan beli kan. Dia dah otw da.
Polis : Ouh. Engat kan tak ada orang kereta nie. Tinted kereta nie gelap ekh ?? Tak nampak dalam.
Aku : Haa ? A'ah . Nak buka laa lepas nie.
Polis : HAHA. Macam tu ye. Suruh kawan kau cepat sikit. Tahu kau takut ekh ?
Aku : Oke. Memang takut pon .HEHE

Dia pon blahhh . Bab bab tinted kereta nie memang aku alergic sikit. Mana tak nye. Tinted aku fully hitam. Orang luar tak nampak doe kau kat dalam.
Kata orang, kereta aku, kereta maksiat. Cib cib je an.
Kalau ada je roadblock, semua tingkap aku kasi turun, takut doe .

......................................................................................

Aku : Ya'Allah Azral .Smpai pon kau. Penyelamat dunia .
Azral : Nie kalau tak cakap aku baik, aku tak tahu laa nak cakap ape.
Aku : Kau memang baik. Lincah isi minyak :)

Aku : Weyh ! Apasal tak hidup lagi nie ??
Messa : A'ah, asal tak hidup?
Azral : Goyang kereta .Goyang goyang goyang ..

Azral seperti seorang mekanik . Aku tengok dia seperti HERO yang hebat. Aww~
Dia membantu, dan dia ber-fangseennn sebagai seorang lelaki sejati menolong kami .
Fuyooo ! Kering aku tengok benda bulat dekat enjin nie *benda ape ekh tu? Aku tak tahu .
Azral menekan nekan sambil Messa menghidupkan enjin *Aku pegang lampu dan tengok je :)
Dan ,dan ,dan ,dan ,dan YESSSS !
Hidup ! Hidup ! Hidup !
Azral ,you are my superhero laa malam nie .Sangat bangga ada kawan macam kau .HAHAHA ! *KIPAS KIPAS :)

Azral Md Noh


Dengan tidak leceh, BALIK LAAA WEYYHHHHHH !

p/s I : Jangan mudah terpengaruh dengan minyak kereta kau Bam, sebab benda tu da tak betul .Ggrrr !

p/s II : Aku rasa, jangan laa ajak aku berjalan kalau aku rasa macam tak ikhlas nak ikut, nie semua mesty pasal Aina. Klau tak ,benda nie tak kan berlaku .HAHA .Aina Aina.. *Padahal dari pagi kau jalan sampai ke malam kau just isi RM5 je Bam minyak. MEMANG KERING laaa weyh ! HAHA

Arios tho !

*perbualan ini di edit sikit supaya pendek. haha

Kawan , Lawan ?

10 May 2011

Kenapa aku nak buat entry pasal benda macam nie ? Ekh ,benda macam nie laa kita boleh hilang kawan.
Aku nak tanya kau sikit ekh, kawan or couple kau lagi penting ?
Itu aku tak kesah sangat laa kau nak cakap apa..
Masalah nya disini, dulu kita nie pernah cakap dekat orang yang "member ada couple lupa member lain",
Laaa..
Sekarang, dah kita pula jadi macam tu. Kan macam tak baik kan ?

Kalau tak pernah cakap benda macam tu, tak laa macam terasa sangat tau.
Ini kita penah cakap, kita pula yang buat, kan tak sedap tu.
Hujung hujung cerita nanti, kawan sendiri jadi lawan tau.



Cuba fikir, let say if couple kita lepaskan kita kan, then, after that, siapa kita nak cari?
Kawan kita balik kan? Hurmmm. Macam mana tu nak buat? Kawan jadi lawan ke, kekal dengan couple yang dah terbaik sangat untuk kita nanti.

Mulut semua orang memang tak boleh nak tutup, lagi lagi mulut kawan kawan kita nie yang dah sedia sedar macam mana kan.
Makan hati memang selalu dengan mulut kawan..
Hujung hujung, kawan kawan nie laa yang ada dengan kita.
Nasihat bukan tak pernah.. Ini semua dengan nawaitu sendiri laa nak jadi macam mana..

Bila kawan kita dah mula nak bertengkar sana sini, berlawan mulut sana sini,,
Yang pening siapa?
Orang tengah juga yang kusut.. Sebab dua dua hati kena jaga.. Tapi hujung hujung tak tahan juga, kita kena bela kawan di sebelah pihak yang lain..
Ekh, benda macam nie nampak leceh je tau, tapi payah nak hadapi bagi bagi orang yang da nak porak peranda beb.
Datangnya orang luar nak datang mengusutkan lagi keadaan.
Baik baik da nak oke, timbul pula orang yang tak diingini. Dah ...
Makin panjang pula cerita dia sekarang.
Itu laa orang kata APA PON TAK BOLEH !

p/s : Pasangan boleh cari doe , kawan susah senang ape cerita ? Aptb la weyh !!

Arios tho !

Just For You

8 May 2011

1. Dia benci kalau nampak aku tak buat kerja dekat rumah, tapi kau buat bodoh juga kan Bam ?
2. Dia benci kalau aku tak dengar cakap, kenapa kau tak nak dengar cakap haa Bam ?
3. Dia benci kalau aku balik lewat, kenapa kau still buat benda tu semua Bam ?
4. Dia benci kalau aku cakap aku nak keluar rumah, tapi kau still keluar rumah juga kan Bam ?
5. Dia benci kalau aku rajin sangat minta dia duit, yang kau tak reti nak berjimat cermat kenapa ekh Bam ?

5 benda yang mungkin dia benci daripada aku ..

1. Aku suka kalau dia gelak, sebab aku dapat lihat yang dia masih gembira dengan aku.
2. Aku suka kalau dapat melawak dengan dia, sebab aku dapat lihat yang dia masih bagi perhatian dengan sepenuhnya dekat aku.
3. Aku suka kalau dia geletek aku, sebab ini adalah keseronokkan yang aku impikan bila bersama dengan dia.
4. Aku suka kalau dia ingin bawa aku keluar, sebab aku dapat rasa yang aku masih diperlukan dalam diri dia.
5. Aku suka kalau dia cakap yang dia sayangkan aku, sebab aku rasa, aku bertuah di atas bumi ini dengan kasih sayang dia .

5 benda yang aku ingin kan daripada dia..

DIA yang aku gelar ialah mak, maa, atau apa pon. Yang penting dia adalah ibu yang melahirkan aku ke dunia ini dengan penuh keperitan.
Yang masih mahu menjaga aku untuk menjadikan aku seorang yang sempurna.
Yang masih mahu mendidik aku untuk aku berjaya.
Yang masih menerima aku sebagai anaknya.

She is my mom. The only mom that I have. No one can replace her in my heart. No matter if she hate me, or she forget me, but I always love and remember her every second I have in my life.


Aku memang degil, aku selalu sakitkan hati dia. Tapi, aku jujur laa, aku still buat juga walaupun dia tak suka.
Berkali dia larang, berkali aku langgar.
Mom, sorry sangat sangat. Bukan tak nak ubah, tapi ...

I love her pose .


Sama tak muka ?? Of course laa tak, sebab aku ikut bapak. HAHA


Paling penting sekarang nie, entry nie di buat sempena ..


p/s : No matter what happen mom, I always be with you until You proud of me one day and forever.

Arios tho <3

Attending : JOHO Car Booth Sale May 2011

7 May 2011

*8 May 2011

Cerita panjang pon tak ada guna sebab, aku dpat ATTEND Car Booth Sale tadi yee. HAHA.
Really enjoy it.
Dengan cuaca yang betul betul mengizinkan *matahari macam atas kepala WALAUPUN pukul 4.30 ptg pergi tadi- ia tetap best !

Murah dan rambang mata beb, Macam mana nak buat ? Tahan nafsu je tadi tu.
Tapi dapat gak laa beli baju satu :) *hasil hasutan Kina yee..


Aku da start malas nak menaip, so, aku bagi picture je laa kat sini, aku taip sikit sikit.
Okeh ?? Deal ekh ?? Cun .Laayyaannnn !





Barang dagangan ..


Aku sesak nafas dengan barang barang dagangan nie. Aku nak beli je semua, tapi tak berkesampaian :(

Itu bayang bayang dua si kepoh - Bam and Messa :)




Aku jeles kalau ada orang yang kreatif macam nie. Buat semuanya SENDIRI :(


Tembok besar JOHO nie laa yang aku suka tengok kalau datang sini :)


Actually, rugi siapa yang tak datang sini. Ish ish ish ! Lepas nie, pergi lagi.
Cari peluang Bam kalau boleh pergi lagi.

p/s : Johor Bahru sekarang semakin gerek der ! Bangga jadi anak Johor Bahru ..

Arios tho with this picture :)