Al Hijab

10 Oktober 2011


Aku bagi 4 setengah over 5 star laa dekat cerita nie. Plot dia ade, cuma cerita dia macam lambat sikit. Tapi serius memang agak cool.
Scene terkejut dia memang bersepah. Memang yang mana sakit jantung, lemah semangat, better korang bawa 'pendinding' masa korang tengok. HAHA.

Setiap manusia ada 'hijab' dia tersendiri, untung untuk siapa yang hajib dia kuat, sebab korang pasti susah nampak benda benda halus dengan mata kasar.
'Hijab' nie boleh buka. Once korang da buka, korang kena tawakal dengan apa korang nampak.
Orang yang tertentu je boleh buka 'hijab' kita, and orang yang buka je laa yang boleh tutup balik 'hijab' kita.
Bila orang tu mati, hurmmmm, bayang kan laa sendiri hidup korang macam mana dalam keadaan 'hijab' terbuka.




Korang nak ke tengok benda nie depan mata?? Fuyoo, gagah laa kalau korang sanggup nak tengok.

Tengok movie horror macam nie memalam, memang in. Dengan sejuk nye, lagi laa in in. Bila da start, perasaan takut kau automatic in.
Sepanjang cerita tu, ramai yang menjerit, takut, sampai yang nak masuk bawah kerusi pon ada. Tu belum di tambah yang nak keluar masa pertengahan cerita. Memang ramai.

Semua orang mula bercerita dekat aku yang cerita nie seram. Memang takut laa senang cerita.
Sumpah aku cakap, aku tak takut and seram. Bukan aku nak cakap besar, tapi memang ini yang berlaku. Aku siap duduk tegak tegak tengok hantu tu keluar.
Time terkejut, aku gelak. Hantu dia memang comel aku cakap korang. Korang try buat, time hantu tu nak keluar je, korang tenung, memang cool.

Tah tah, aku yang nak kena buka 'hijab' aku kot. Baru aku ade perasaan takut, seram, gementar macam tu.
Tapi, jujur nya, aku tak akan nak buka 'hijab' aku. Orang gila pon, belum tentu nak buka 'hijab' diaorang.

Scene yang kelakar dalam cerita nie, memang serius KELAKAR gila baa punya. Memang sakit perut gelak time tu.
Gandingan Bell Ngasri, Munir, and siapa tah lagi sorang. Gerenti korang gelak sakan sampai rasa macam nak guling guling. Oke, tipu.

p/s : Aku harap perasaan takut dalam diri nie memang tak ada supaya aku tak nampak benda benda yang aku tak patut tengok. Seraaamm nihh!

Arios tho!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment