FRIENDSSS Kembali!

27 May 2012

Wow!! Lama sungguh aku tak update. Ramai juga tanya bila nak update. Oh, korang still follow lagi ye?? Bagus. HAHA.
Ini kira cerita 6 bulan kemudian selepas last entry aku. Wow! 6 bulan aku diam ekh?? Busy laa. Maklum laa BAM memang macam nie.
New entry untuk tahun nie adalah, KAHWIN! Siapa?? Ouh, abang Bagong yang kahwin, Hafiz. Sementara tengah cuti nie, semua semua nak kahwin. So, time nie je laa FRIENDSSS dapat kumpul :)
Apa tu FRIENDSSS?? >>Sila lihat entry sebelum sebelum ini :)
Ini dia pengantin, Hafiz and Ain :)
Nie time pengantin datang, yang belakang tu semua buat buat ada je. HAHA

Tapi sayang seribu kali sayang, majlis nie hujan pula. Yang sangat lebat pula tu. Haishh! Tapi tak paa, majlis tetap berlangsung juga bersama pengapit Azral :)
See, hujan yang kurang enak.

Tapi apa yang syok ialah, walaupun kami selalu keluar, and this is our first time dapat berkumpul 9 orang after 6 7 bulan juga laa. Serius doe. Haishhhh! Lama juga tak berkumpul macam nie. Rasa terharu dan seronok pula. Walaupun sekejap je. Hurmmmm!
FRIENDSSS<3 Setelah sekian laammaaaa. HUHU :)

Bersama sang pengantin


Aku tak banyak nak cerita entry kali nie sebab aku rasa macam da tak reti nak mengarang. HAHA. Sorry laa kalau korang rasa bosan. Ini je yang mampu aku nak kongsi. Nanti aku cuci otak aku balik, bagi setting baik baik, baru aku update entry power power lepas nie. HAHA.
Btw, aku rindu nak kumpul sesama macam dulu. Macam nie laa kira nya. Hope lepas nie selalu laa kita ber-outing macam dulu kala ye kawan kawan.

Love semua <3

p/s : Hope korang dapat layan entry entry aku selepas ini and aku akan cuba untuk bergiat aktif dalam bidang nie kembali. Cewaaahhh~

Arios tho~

Congratulation

1 November 2011

Cantik kan tarikh hari nie?? Sebab tu laa aku nak update blog aku. Ngeh ngeh~

Aku nak ucap tahniah dekat kakak Famy yang really oweeseem when you know her. 29.10.2011 itu hari kami pergi wedding dia, NurShahida Muzamal with Ridhuan.

Tema dia adalah warna feberet aku, purple. Sangat laa menarik. Makanan dia semua superb! Jujur la aku cakap, aku nie jenis tak suka pergi wedding orang, walaupun cazen aku sendiri actually. Sedangkan abang aku kawen itu hari pon aku macam malas nak layan. Perangai busuk kan aku.

Tapi, wedding kali nie, aku rasa macam best laa. Sebab aku just duduk dalam rumah dan melepak tengok pengantin amek gambar dekat pelamin. Sumpah, ngantuk actually.



Bila tengok orang kawen, automatically, aku rasa macam nak kawen sekarang nie. Seronok dapat peluk peluk, pastu ada orang snap pic kita. Gila kau tak jeles bila tengok. Haishhh!


Bila time makan, semua orang tengok kita, WAH! Hebat nya penangan pengantin baru kan. Dapat makanan sedap. Boleh suap suap laki kita, orang lain tak boleh, mesti orang jeles kan. Padan muka.

Malas nak cerita panjang sekarang nie, sebab aku rasa, hari hari aku nak berangan nak kawen and setiap hari berangan naik pelamin dengan lain lain lelaki. Syurga! So, aku nak titip kan gambar je laa. Nie je laa kawan kawan yang ada --"








Sekian terima kasih :)

p/s : Siapa nak kawen dengan aku??? :)

Arios tho!

Fun Fair

22 Oktober 2011

Saat saat stress, aku rasa, better kita pergi tempat tempat yang oweseemm macam fun fair. Kau menjerit laa macam orang gila, nescaya tak ada orang marah. Kasi main benda extreme sikit, baru syiookkk. Dan, aku sangat sangat gembira weyh bila dapat main game dia.

Fun fair yang aku main nie, setahun sekali je ada. Memang gila best, mahal dia pon boleh pergi jauh juga. Last year aku main, sampai pening pening muntah. Di sebab kan aku tak puas hati, this year aku main lagi game yang sama, dan ia memang seronok.


Jadah haram nie laa yang buat aku mabuk dulu. Sekarang, tidak lagi. Aku naik bedua dengan Anna. Perasaan gementar semua ada, takut, apatah lagi. Aku ajak Anna, ingat kan dia tak nak. Ouh, oke, dia pon semangat nak naik.
Mula mula memang dia start menghayun slow slow, and akhirnya, bab tercabut jantung paling aku suka. Aku menjerit keseronokkan "yyeaahhhhh","yuhooooo","hahahaha". Nampak kan ceria nya aku. HAHA.
Anna?? Ouh, dia da keras kat sebelah aku. Memang pucat juga laa. Ekh, dia pon main jerit jerit juga laa. Antaranya "Bammmm, toloonngggg!","arrggggkkkkhhhhh!","stoopppp, pleaasseee sttooppppp!". Menarikkan cara dia menjerit??

Meh sini aku letak video:



Masuk da laa mahal au kejadah nie semua, setiap game pon bantai mahal juga. So, kasi main puas puas laa kan bila datang sini. Messa tak. Dia datang sini hanya untuk main Merry Go Round! Aku paksa macam orang gila, main ape yang aku main. Nie juga yang dia main. Hisshhh!
Tapi bukan dia sorang je laa. Aku dengan Anna pon naik juga. Sumpah macam budak budak. Memandangkan tak ramai orang sangat, abang tu kasi kami main dua round oke.



Nampak tak muka mereka gembira sangat?? Sangat kanak kanak oke. Diaorang bedua nie naik kuda tu nak kejar aku, tapi tak dapat dapat. Kesian. Penat aku tunggu dekat depan nie. Haisshhh. HAHA.

Nampak tak muka aku gembira macam haram?? HAHA


p/s: Sila belanja aku main lagi dekat fun fair nie. Aku nak main semmuaaaaaaaaaaaa yang memeningkan kepala. Oweeseemmm!

Arios tho!

Youth Shout Out, Kulai

12 Oktober 2011



Baru baru nie aku ade attend satu event dekat area Kulai. Jauh sikit laa daripada tempat aku. Agak best juga laa. Dengan panas dan berlengas, memang masak laa. Event nie dua hari, sabtu/ahad. Tapi, aku dapat attend haru Ahad. So, that means, Ahad to crowd dia da macam tak berapa nak sendat laa sebab panas weyh. Tapi still oweesseemmm.

Sampai sampai je Kukubesi tengah buat sesi bual bicara dengan crowd. Sempoi dan cool cara dia bebual. Thumbs up!! Aku tak stay lama untuk dengar tu semua sebab, Lapar! Sorry bro, dapat dengar kejap je :)
Gambar nie aku curi dekat profile dia. Sorry bro :)




A'ah, kami bertiga je pergi. Berteman kan camera boleh laras, dah cukup syok laa kami berjalan. Kiri kanan, macam macam rasanya nak beli. Tapi lebih baik aku beli benda yang patut. Semua nya cool. Dapat pergi tempat luar kawasan, kira seronok juga laa tengok crowd baru an. Carboot sale pon enjoy.








Tengah layan layan carboot yang ada nie, ekh, ada budak ketuk ketuk beg aku. Sekali toleh, ekh cazen aku laa. Dia ponn sodok bontot kereta juga dekat sini. Dia baru join jual jual baju nie. Barang barang vintage laa. So cool juga barang dia. Korang boleh on FB and search for this name QJ Vintage Closet

Ini owner nye, Julia Akhir


Hopefully, JOHO akan banyak lagi event event macam nie. Jangan nak "andaikata" sangat yang event nie yang last punya. JOHO the best. Walaupun JOHO nak tutup sekejap or nak cari tempat baru, kami semua still akan support JOHO. So, jangan nak "andaikata" ini last oke??

p/s : Harap harap, jangan JOHO cari tapak jauh sangat, kalau dekat building area Dangan Bay tu pon da kira masyuk juga. Senang, mudah dan ringkas :)

Arios tho!

Al Hijab

10 Oktober 2011


Aku bagi 4 setengah over 5 star laa dekat cerita nie. Plot dia ade, cuma cerita dia macam lambat sikit. Tapi serius memang agak cool.
Scene terkejut dia memang bersepah. Memang yang mana sakit jantung, lemah semangat, better korang bawa 'pendinding' masa korang tengok. HAHA.

Setiap manusia ada 'hijab' dia tersendiri, untung untuk siapa yang hajib dia kuat, sebab korang pasti susah nampak benda benda halus dengan mata kasar.
'Hijab' nie boleh buka. Once korang da buka, korang kena tawakal dengan apa korang nampak.
Orang yang tertentu je boleh buka 'hijab' kita, and orang yang buka je laa yang boleh tutup balik 'hijab' kita.
Bila orang tu mati, hurmmmm, bayang kan laa sendiri hidup korang macam mana dalam keadaan 'hijab' terbuka.




Korang nak ke tengok benda nie depan mata?? Fuyoo, gagah laa kalau korang sanggup nak tengok.

Tengok movie horror macam nie memalam, memang in. Dengan sejuk nye, lagi laa in in. Bila da start, perasaan takut kau automatic in.
Sepanjang cerita tu, ramai yang menjerit, takut, sampai yang nak masuk bawah kerusi pon ada. Tu belum di tambah yang nak keluar masa pertengahan cerita. Memang ramai.

Semua orang mula bercerita dekat aku yang cerita nie seram. Memang takut laa senang cerita.
Sumpah aku cakap, aku tak takut and seram. Bukan aku nak cakap besar, tapi memang ini yang berlaku. Aku siap duduk tegak tegak tengok hantu tu keluar.
Time terkejut, aku gelak. Hantu dia memang comel aku cakap korang. Korang try buat, time hantu tu nak keluar je, korang tenung, memang cool.

Tah tah, aku yang nak kena buka 'hijab' aku kot. Baru aku ade perasaan takut, seram, gementar macam tu.
Tapi, jujur nya, aku tak akan nak buka 'hijab' aku. Orang gila pon, belum tentu nak buka 'hijab' diaorang.

Scene yang kelakar dalam cerita nie, memang serius KELAKAR gila baa punya. Memang sakit perut gelak time tu.
Gandingan Bell Ngasri, Munir, and siapa tah lagi sorang. Gerenti korang gelak sakan sampai rasa macam nak guling guling. Oke, tipu.

p/s : Aku harap perasaan takut dalam diri nie memang tak ada supaya aku tak nampak benda benda yang aku tak patut tengok. Seraaamm nihh!

Arios tho!