Congratulation

1 November 2011

Cantik kan tarikh hari nie?? Sebab tu laa aku nak update blog aku. Ngeh ngeh~

Aku nak ucap tahniah dekat kakak Famy yang really oweeseem when you know her. 29.10.2011 itu hari kami pergi wedding dia, NurShahida Muzamal with Ridhuan.

Tema dia adalah warna feberet aku, purple. Sangat laa menarik. Makanan dia semua superb! Jujur la aku cakap, aku nie jenis tak suka pergi wedding orang, walaupun cazen aku sendiri actually. Sedangkan abang aku kawen itu hari pon aku macam malas nak layan. Perangai busuk kan aku.

Tapi, wedding kali nie, aku rasa macam best laa. Sebab aku just duduk dalam rumah dan melepak tengok pengantin amek gambar dekat pelamin. Sumpah, ngantuk actually.



Bila tengok orang kawen, automatically, aku rasa macam nak kawen sekarang nie. Seronok dapat peluk peluk, pastu ada orang snap pic kita. Gila kau tak jeles bila tengok. Haishhh!


Bila time makan, semua orang tengok kita, WAH! Hebat nya penangan pengantin baru kan. Dapat makanan sedap. Boleh suap suap laki kita, orang lain tak boleh, mesti orang jeles kan. Padan muka.

Malas nak cerita panjang sekarang nie, sebab aku rasa, hari hari aku nak berangan nak kawen and setiap hari berangan naik pelamin dengan lain lain lelaki. Syurga! So, aku nak titip kan gambar je laa. Nie je laa kawan kawan yang ada --"








Sekian terima kasih :)

p/s : Siapa nak kawen dengan aku??? :)

Arios tho!

Fun Fair

22 Oktober 2011

Saat saat stress, aku rasa, better kita pergi tempat tempat yang oweseemm macam fun fair. Kau menjerit laa macam orang gila, nescaya tak ada orang marah. Kasi main benda extreme sikit, baru syiookkk. Dan, aku sangat sangat gembira weyh bila dapat main game dia.

Fun fair yang aku main nie, setahun sekali je ada. Memang gila best, mahal dia pon boleh pergi jauh juga. Last year aku main, sampai pening pening muntah. Di sebab kan aku tak puas hati, this year aku main lagi game yang sama, dan ia memang seronok.


Jadah haram nie laa yang buat aku mabuk dulu. Sekarang, tidak lagi. Aku naik bedua dengan Anna. Perasaan gementar semua ada, takut, apatah lagi. Aku ajak Anna, ingat kan dia tak nak. Ouh, oke, dia pon semangat nak naik.
Mula mula memang dia start menghayun slow slow, and akhirnya, bab tercabut jantung paling aku suka. Aku menjerit keseronokkan "yyeaahhhhh","yuhooooo","hahahaha". Nampak kan ceria nya aku. HAHA.
Anna?? Ouh, dia da keras kat sebelah aku. Memang pucat juga laa. Ekh, dia pon main jerit jerit juga laa. Antaranya "Bammmm, toloonngggg!","arrggggkkkkhhhhh!","stoopppp, pleaasseee sttooppppp!". Menarikkan cara dia menjerit??

Meh sini aku letak video:



Masuk da laa mahal au kejadah nie semua, setiap game pon bantai mahal juga. So, kasi main puas puas laa kan bila datang sini. Messa tak. Dia datang sini hanya untuk main Merry Go Round! Aku paksa macam orang gila, main ape yang aku main. Nie juga yang dia main. Hisshhh!
Tapi bukan dia sorang je laa. Aku dengan Anna pon naik juga. Sumpah macam budak budak. Memandangkan tak ramai orang sangat, abang tu kasi kami main dua round oke.



Nampak tak muka mereka gembira sangat?? Sangat kanak kanak oke. Diaorang bedua nie naik kuda tu nak kejar aku, tapi tak dapat dapat. Kesian. Penat aku tunggu dekat depan nie. Haisshhh. HAHA.

Nampak tak muka aku gembira macam haram?? HAHA


p/s: Sila belanja aku main lagi dekat fun fair nie. Aku nak main semmuaaaaaaaaaaaa yang memeningkan kepala. Oweeseemmm!

Arios tho!

Youth Shout Out, Kulai

12 Oktober 2011



Baru baru nie aku ade attend satu event dekat area Kulai. Jauh sikit laa daripada tempat aku. Agak best juga laa. Dengan panas dan berlengas, memang masak laa. Event nie dua hari, sabtu/ahad. Tapi, aku dapat attend haru Ahad. So, that means, Ahad to crowd dia da macam tak berapa nak sendat laa sebab panas weyh. Tapi still oweesseemmm.

Sampai sampai je Kukubesi tengah buat sesi bual bicara dengan crowd. Sempoi dan cool cara dia bebual. Thumbs up!! Aku tak stay lama untuk dengar tu semua sebab, Lapar! Sorry bro, dapat dengar kejap je :)
Gambar nie aku curi dekat profile dia. Sorry bro :)




A'ah, kami bertiga je pergi. Berteman kan camera boleh laras, dah cukup syok laa kami berjalan. Kiri kanan, macam macam rasanya nak beli. Tapi lebih baik aku beli benda yang patut. Semua nya cool. Dapat pergi tempat luar kawasan, kira seronok juga laa tengok crowd baru an. Carboot sale pon enjoy.








Tengah layan layan carboot yang ada nie, ekh, ada budak ketuk ketuk beg aku. Sekali toleh, ekh cazen aku laa. Dia ponn sodok bontot kereta juga dekat sini. Dia baru join jual jual baju nie. Barang barang vintage laa. So cool juga barang dia. Korang boleh on FB and search for this name QJ Vintage Closet

Ini owner nye, Julia Akhir


Hopefully, JOHO akan banyak lagi event event macam nie. Jangan nak "andaikata" sangat yang event nie yang last punya. JOHO the best. Walaupun JOHO nak tutup sekejap or nak cari tempat baru, kami semua still akan support JOHO. So, jangan nak "andaikata" ini last oke??

p/s : Harap harap, jangan JOHO cari tapak jauh sangat, kalau dekat building area Dangan Bay tu pon da kira masyuk juga. Senang, mudah dan ringkas :)

Arios tho!

Al Hijab

10 Oktober 2011


Aku bagi 4 setengah over 5 star laa dekat cerita nie. Plot dia ade, cuma cerita dia macam lambat sikit. Tapi serius memang agak cool.
Scene terkejut dia memang bersepah. Memang yang mana sakit jantung, lemah semangat, better korang bawa 'pendinding' masa korang tengok. HAHA.

Setiap manusia ada 'hijab' dia tersendiri, untung untuk siapa yang hajib dia kuat, sebab korang pasti susah nampak benda benda halus dengan mata kasar.
'Hijab' nie boleh buka. Once korang da buka, korang kena tawakal dengan apa korang nampak.
Orang yang tertentu je boleh buka 'hijab' kita, and orang yang buka je laa yang boleh tutup balik 'hijab' kita.
Bila orang tu mati, hurmmmm, bayang kan laa sendiri hidup korang macam mana dalam keadaan 'hijab' terbuka.




Korang nak ke tengok benda nie depan mata?? Fuyoo, gagah laa kalau korang sanggup nak tengok.

Tengok movie horror macam nie memalam, memang in. Dengan sejuk nye, lagi laa in in. Bila da start, perasaan takut kau automatic in.
Sepanjang cerita tu, ramai yang menjerit, takut, sampai yang nak masuk bawah kerusi pon ada. Tu belum di tambah yang nak keluar masa pertengahan cerita. Memang ramai.

Semua orang mula bercerita dekat aku yang cerita nie seram. Memang takut laa senang cerita.
Sumpah aku cakap, aku tak takut and seram. Bukan aku nak cakap besar, tapi memang ini yang berlaku. Aku siap duduk tegak tegak tengok hantu tu keluar.
Time terkejut, aku gelak. Hantu dia memang comel aku cakap korang. Korang try buat, time hantu tu nak keluar je, korang tenung, memang cool.

Tah tah, aku yang nak kena buka 'hijab' aku kot. Baru aku ade perasaan takut, seram, gementar macam tu.
Tapi, jujur nya, aku tak akan nak buka 'hijab' aku. Orang gila pon, belum tentu nak buka 'hijab' diaorang.

Scene yang kelakar dalam cerita nie, memang serius KELAKAR gila baa punya. Memang sakit perut gelak time tu.
Gandingan Bell Ngasri, Munir, and siapa tah lagi sorang. Gerenti korang gelak sakan sampai rasa macam nak guling guling. Oke, tipu.

p/s : Aku harap perasaan takut dalam diri nie memang tak ada supaya aku tak nampak benda benda yang aku tak patut tengok. Seraaamm nihh!

Arios tho!

Syaiful Azmi

8 Oktober 2011

Siapa SYAIFUL AZMI???
Jangan nak suspen sangat laa. Ini nama abang aku. Abang second aku. So, title nie sempena nama dia sebab, ini hari birthday dia.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO SYAIFUL AZMI,
HAPPY BIRTHDAY TO YYOOUUUUU, MUAH MUAH MUAH <3


Cake nie ber-hubby hubby an. HAHA. Sebab awek dia yang belikan. So, aku and parents aku tegang kan mata supaya tak tidur until 12 am.
And finally, dapat pon makan cake nie. Nampak an putih putih topping cake nie?? Haaaa, nie cheese. Sangat menjilat jari.
Feberet den nie ha. Aku yang jenis tak suka cake nie, boleh telan kalau ade cheese.
Ya'Allah, nikmat nye......


Hey You, now you already 24 years old okeh. Tua juga laa. So, hopefully you'll success in your life and get a better life then before and can be more responsible okeh bebeh.
I always love You in every second I breath <3 <3 <3


Muahh <3
Love You Abang Ngah :)

p/s : Sorry no hadiah okeh bebeh :)

Arios tho !

Review : Al Hijab

6 Oktober 2011

Ini hari, first day filem Al Hijab nie keluar. Dan aku tak sabar nak tengok. Memandangkan kawan aku cakap, filem nie seram, so, itu laa membuat kan aku tak sabar nak tengok.

Tengok poster dia je pon dah seram, so, harap harap cerita dia seseram poster nye.
Wow, cool nye ade cerita seram lagi.
Aku memang pencinta cerita cerita hantu. Tak kira ape jenis pon. Takut??
Normal laa, tapi maybe tak setakut kawan kawan aku kot, HAHA.

Sedangkan aku boleh tengok cerita hantu sorang sorang dalam bilik dekat kolej yang seram, kira aku cool la kan?? Boleh tak?? HAHA



Menurut orang, cerita nie banyak suspen, so, mesti siap sedia fizikal dan mental kalau nak tengok laa kan.

"Ramai yang ingat Al Hijab yang saya maksudkan adalah tudung kepala perempuan tetapi definisi besar yang saya maksudkan di sini adalah hijab mata iaitu pelindung mata kasar." << antara rumus yang aku jumpa.

p/s : Semesti nya aku akan pasang 'pedinding' masa tengok supaya aku tak terkejut. HAHA.

Arios tho!

Sekolah

6 Oktober 2011

Pagi pagi aku kena bangun dan jadi DRIVER. Yes, driver. Cuti nie, aku hanya jadi driver sepenuh masa tanpa gaji.
Hurmm, oke laa kerja nie, tak susah sangat laa.

Buletin wajib aku selalu kena hantar/amek adik aku balik sekolah. WAJIB!!
Pagi pagi dengan mata kelat, aku bangun, amek kunci kereta, terus gerak. Bawa kereta separuh sedar memang sudah pasti untuk aku.

Tengah hari, bila bangun, aku terus amek adik aku pula.

Sepanjang aku menunggu adik aku nak keluar, of course aku tengok anak anak orang lain melangkah dengan seronok untuk balik macam aku dulu dulu.
Macam macam ragam ada. Ada yang berlari, berjalan, belum kira yang merangkak dan berguling. Hisshhh.

Aku belek sorang sorang yang lalu, fuhh! Sekolah bukan main, ada nama, tapi asal laa punya selekeh student dia.

Sorang lalu, baju warna putih nie jadi kertas lukisan ke?? Mushkil mushkil.
Sorang lalu, tudung sekolah dia nie, buat lap meja kotor ke??? Mushkil mushkil.
Sorang lalu, untung pakai kasut hitam sekolah nie, mahu nye kalau rendam kasut uh, berdaki colour nya.
Seorang lalu, nie ade wrestling ke kat sekolah nie, rambut bukan main kusut masai. Mushkil mushkil.

Semua di atas, aku kutuk adik aku sendiri. Maaf Elisa :)

Aku terkadang, berfikir sejenak, tak reti nak jaga kebersihan ke ekh?? Aku??
Bukan nak kata laa, aku time sekolah, the most bersih person tau. Since sekolah rendah lagi aku nie bersih. HAHA.

Aku akan pakai stoking dulu baru pakai baju, untuk elak baju renyuk. Duduk dalam kereta or dalam kelas, baju aku lipat dan angkat secantik nya supaya tak renyuk.
Dan aku sanggup duduk keras macam batu dengan posture yang sama untuk mengelakkan baju renyuk.
Nampak tak care-nye aku.

Tu belom nye si polan polan pijak kasut aku, memang aku boleh bertukar jadi hulk. Aku benci kasut kotor.
"Baik kau bersih kan balik !!!" perkataan nie aku panculkan depan muka si polan polan itu.
Tak perlu kan kata kata, aku hanya perlu tenung redup ke dalam mata si pemijak tu, dia dah tahu nak buat ape. Hebat juga aku kan??

Tahap kebersihan kasut aku macam nie laa. Seolah kasut baru. Hebat kan aku jaga, tapi, bila da malas, lantak korang laa nak pijak ke, nak rendam air kotor ke.
Suka hati, aku malas nak jaga.

Tapi budak sekarang, kurang matang dan berfikir laa aku rasa. Mostly, budak sekolah adik aku, aku tengok, hurmmm, sepesen je yang mana selekeh. Ishh.
After amek adik aku, aku akan lalu depan sekolah menengah aku dulu.
Hurmmm, rasa nya sekolah menengah dan rendah nie, lebih kurang jee. Yang mana selekeh, dia kasi slekeh gilaa.

Terima kasih ya Allah jadikan aku sebagai seorang MURNI AZEERA yang agak pembersih ke sekolah dulu :)

p/s : Sumpah, aku tak nak nanti anak aku selekeh, haha, insy'Allah.

Arios tho!

Melaka: Bandaraya Bersejarah

21 September 2011

Balik dengan menaiki kereta ke KL adalah impian aku daripada sem 1, sebab?? Aku tak larat laa nak tunggu bus yang janji tak seberapa nak tepat nie.
Kalau naik kereta, vroommm, terus gerak je. Tak yah nak stay sampai 1 jam lambat. Ggrrr~



Nampak tak?? MELAKA!
Sementara nak sampai KL tu, tak reti reti lagi nak menyinggah ke?? Memandangkan hari masih siang, apa salah nya kalau singgah sekejap dekat sini kan *itu laa masalah nya kalau balik ada kereta~
Memandangkan aku balik bertiga dan aku sahaja perempuan, and aku decide, aku adalah PRINCESS untuk satu hari bersama dua orang bodyguard. Owwesseemmm kan??



Tak nampak muka?? Ouh, identity di rahsiakan supaya orang lain tak boleh hire mereka selain aku. Harap maklum.
Bila cakap je Melaka, mesti nampak terus banggunan merah, A'Famosa dan macam macam lagi.
Dan kami sempat untuk menyinggah ke semua tempat itu termasuk laa ke Dataran Pahlawan. Sungguh tercabut kaki.
Dari satu tempat ke satu tempat, dari tanggan ke tangga, habis tenaga macam tu je. Fiuhh~







Semua nampak oldskol an?? Tapi, selama aku pergi Melaka an, baru kali nie aku perasan building CIMB Bank satu nie agak oldskol juga laa.



Dia pakai building lama punya. Sangat laa jakun kan aku?? Selama nie duduk dalam kereta, duduk duduk buduh je. Tak perasan semua nye.
Kali nie baru perasan macam macam, baru tahu semua benda benda nie dekat, baru tahu cari jalan sendiri nak pergi town dia.
Terasa hebat juga laa. Kira macam oweessemmm laa.

Lepas nie aku nak pergi Langkawi pula laa. Macam best kan dapat pergi bercuti dengan kengkawan kekadang?? Wah, cool!
Anyone?? Jom ajak aku pergi kemana mana sahaja. Akan aku hargai dan ikuti nya sangat sangat.

p/s: Alangkah indahnya kalau bercuti tak pakai DUIT!

Arios tho!

Drama: Untitled

13 September 2011

Woaahhh. Ini hari rasa nya, sangat nerves kott. Mana tak nya, ini hari final drama untuk kelas aku.
Sangat laa rama rama dalam perut. Fiiuuhhh.
UNTITLED tu bukan laa tajuk betul dia, actually, aku tak tahu ape tajuk cerita nie. HAHA.
Maklum laa, haarrtiiss kan. Busy, sampai tajuk cerita pon tak tahu *shit!

Tarikh: 13 September 2011
Masa: 5.00 petang
Tempat: Student Center, UNIKOP


MOTIF?? Datang laa tengok, support support sikit kami kami nie semua. HAHA. Korang mesti tak rugi punya tengok drama pendek kiteorang.
Tersentuh, terguris, terhiris, dan macam macam lagi. Memang oweessemmm laa. Meh meh sini datang tengok. HAHA.

Watak aku?? Ouh! Watak aku sangat laa cool, sebab menjadi seorang alim yang sentiasa cool dengan apa jua keadaan yang cool untuk menjadi terus cool dalam drama nie.


Ini hubby dubby aku. HAHA. Nampak tak kami mengayakan jubah masing masing. Ambil mood kata kau! *only this picture je yg ade, so, ignore muka dia. HAHA.
Berlengas juga laa nak berlakon pakai jubah, main main pakai jubah pon ketiak aku dah minta tolong. Lagi nak berlakon. Ouhhh maannnn!
Lepas tu nak rush tukar baju lagi. Wow, letih!

Tapi nak cakap hebat laa dekat pelakon utama sebab banyak kali nak tukar baju, kesian nye. Letih nya.


Pelakon utama with her big tummy!! Cool je, comel je perut dia. HAHA. Dia sangat laa oweseemm when dia start berlakon.
Sekejap je weyh dia dapat mood nak marah, nak nanges, nak mengamuk. Pehh! Memang hebat laa. Aku sendiri tacing weyh dengan lakonan dia.
Tengok, betapa aku puji dia, betapa hebat nya dia an. Huisshh!



This is suku of our crews. Pelakon and crews. Aku prefer jadi pelakon laa weyh daripada jadi crews nie semua.
Paling paling pon, kita hafal skrip, faham mood je.
Jadi crew, macam macam kerja nak kena buat. Letih!! Tapi thanks laa kan dekat diorang nie semua, sebab pasal diorang, baru cerita tu jadi owweessemmmm.
Dan hari nie group aku adalah first performance!! OMG !! Rama rama dalam perut sangat sangat.

And wish us luck weyh! Semoga semua nya berjalan lancar, and dapat A+ for this subject. Wee~

p/s: Mom aku pesan, berlakon elok elok, nanti boleh jadi glamour. How come you mom, I already glamour laa mom. HAHAHAHAHA !!

Arios tho!

Ragam Raya II

4 September 2011

Raya dengan family itu wajib. Raya dengan kawan pon WAJIB juga. Memandang kan cuti raya aku sangat pendek,
Aku manfaat kan satu hari untuk beraya dengan kengkawan aku.


Myn, Nawal, Shah and Fiza

Kawan masa sekolah menengah yang masih ade. Memang seronok dapat jumpa mereka nie.
Bebual, mengutuk, tu memang hobi. Serius rindu nak sekolah balik.
Nak bergaduh balik time sekolah. Banyak kenangan oii time sekolah.
Wonderful !!

Dah beremba beraya dengan diorang nie, aku beremba beraya dengan the only kawan kawan aku yang still ada nie.
Memang berlengas weyh, kereta tak ada aircond, bergerak jauh jauh, baju pakai yang tu je daripada pagi, memang owwessemm la an.

Tapi kali nie ade ahli baru, ade baby laa. Alolooo. Kesian dia. Menanges kepanasan.
Baru dua bulan, dah semak nak ikut pergi beraya, nie semua ikut kepala mak dia laa.
Degil anak kau nanti, nasib! HAHAHA. *Aku doa kan dia sentiasa jadi yang terbaik, amiiinnn :)

Raiyean Nur'Ezman


Saat paling best bila kita dapat gather ramai ramai kan?? Lagi lagi dengan kengkawan yang da lama tak jumpa.
Memang rindduuu weyh. Walaupun aku baru je tak jumpa member member aku nie almost two months, tapi rindu gila babeng ouh.
Time raya nie laa nak jumpa.
Time raya nie laa nak minta maaf.
Time raya nie laa dapat buat semua sesama.
Syiiookkk nye raayyaa.







Orang kata kalau raya, tak bergambar an tak sah. Tapi gamabr yang aku ade pon ala kadar,
So, korang tengok je laa gambar yang ada nie. Kami ramai weyh. Tapi dalam gambar nie, berulang kita kita je.
Sebab ???
Sebab nya, kiteorang je yang awal.
Sebab nya, kiteorang je yang tak tahu pergi mana.
Sebab nya, kiteorang je yang suka bergambar bersepah sepah macam nie.

p/s : Next year Raiyean dah besar, tinggal dekat rumah je laa ekh?? Rumit laa ade baby. AHAHAHA

Arios tho !