Ini cerita BAM !

12 May 2011

Aku hari nie keluar rumah sebab melayan kan si Aina Nadira. Dia seboleh boleh nak tengok movie KONGSI time first day keluar. Gila bangang !
Dia paksa nya aku and Malessa Salleh .
Oke laa ,Fine . Kesian pon ada gak tengok si straight *Aina - nie :)
Kiteorang layan kan, dengan tengah pokai waa cakap lu, nasib baik boy dia baik.
Dia support aku dgn Messa . Thanks Hafiz Faizal :)

Ekh , aku cakap dgn korang ekh, memang kiteorang ORANG FIRST yang masuk and duduk beb dalam tu. Nak sangat jadi orang first, amek kau .
*Cerita KONGSI uh , dalam lima bintang, aku boleh bagi tiga je. Sebab ? Entah laa . Tengok laa sendiri . HAHA .
Yang penting , segala perbelanjaan ditanggung :)

Nie muka gembira dia *tapi kiteorang yang duka ..




Punya laa sayang kawan, aku dgn Messa just pergi makan dekat destinasi bajet ke *Tepian Tebrau :)


Then, after hantar Aina ,kiteorang pusing pusing satu JB. Pusing sampai boleh laa weyh .

Aku : Messa, kau agak minyak nie cukup tak ? Macam malas nak isi.
Messa : Ekh, boleh laa Bam. Boleh jalan lagi nie.
Aku : Betul gak ekh, kalau kat sana member aku isi RM5, dari Subang boleh jalan jalan sampai KL, tak de pape pon.
Messa : Haa Memang boleh laa tu .

Okeh, walaupun risau dengan minyak nie, aku jalan juga. Pusing sana , pusing sini.
Rasa macam kereta nie pakai peluh aku je isi.
Tapi aku makin cuak. Aku try cool je . Tapi tak boleh.

Aku : Messa, kau rasa minyak nie cukup ke?
Messa : Cukup, sebab lampu dia belum keluar.
*hurmmm, betul juga ekh.

Singah sana ,singgah sini. Masuk sana ,pergi sini.

Aku : Messa , jom laa isi minyak nie.
Messa : Tak payah laa. Cukup nie. Kau jangan risau.

Di sebab kan aku da penat and mata dah mula pitok pitok, aku suruh Messa drive. Alhamdulillah. Dapat gak aku rehat. Ekh ,kiteorang tak cukup tidur la weyh.
Sebab kena bangun awal takut tiket abis.
Ini Aina punya pasal beb, semua boleh. Tak ada hal laa.
Siap kejutkan bangun lagi tau nak suruh kiteorang pergi.
Aina aina ..

Messa : Ekh Bam ! Asal kereta nie terenjut enjut ?
Aku : Kau jalan je, tak de pape kot.
Messa : Ekh .Jalan ape nye, dah tersengguk macam nie.
Aku : Parking tepi, parking tepi !

......................................................................................

Aku : Mati kan semua enjin .then ,hidup kan balik.
Messa : Perghh ! Tak boleh laa Bam.
Aku : Try lagi Messa .
Messa : Dah doe. Tak boleh juga.

Oke, aku tahu . MINYAK HABIS a.k.a MINYAK KERING !
Shitto ! Ape nak buat seyh . Da nak sampai rumah dah nie. Main gila kereta nie.
Orang kata, ada kawan ,kita manfaatkan. Sebab kawan boleh tolong kawan an ??

Azral Md Noh !

Heyyy ! Dia HERO aku oke malam nie .HERO aku dengan Messa . Call dia je. Pasti datang laa seyh !

*sementara itu

Aku : Ekh ,tu mesty Azral da sampai, sebab ada motor je kat belakang nie.
Messa : Jangan doe. Kau tengok betul betul . Jap lagi orang jahat mcm mana? Kunci pintu, tutup tingkap doe.

Motor tu usha kereta aku beb, dia lalu tepi ,betul betul tepi siot. Mahu tak gegel au kat situ an.

Aku : Ekh Messa ! Ada kereta berhenti doe. Azral kot.
Messa : Kau duduk diam je . Jangan tengok belakang. Tunduk, tengok depan je.
Aku : Betul laa kot.
Messa : JANGAN Bam ! Jangan turun ,jangan buka tingkap. Buat bodoh je .

Sekali polis doe. Siap suluh suluh kereta aku. Perghh ! Aku punya sticker P dah laa tak ada. Cuak gak aku. Seb baik dia tengok road tax je .

Polis : Kenapa ?
Aku : Kereta minyak habis laa.
Polis : Ouh, tu pam minyak. Kenapa tak beli ?
Aku : A'ah laa .Tak perasan *sambil gelak. Tapi dah suruh kawan beli kan. Dia dah otw da.
Polis : Ouh. Engat kan tak ada orang kereta nie. Tinted kereta nie gelap ekh ?? Tak nampak dalam.
Aku : Haa ? A'ah . Nak buka laa lepas nie.
Polis : HAHA. Macam tu ye. Suruh kawan kau cepat sikit. Tahu kau takut ekh ?
Aku : Oke. Memang takut pon .HEHE

Dia pon blahhh . Bab bab tinted kereta nie memang aku alergic sikit. Mana tak nye. Tinted aku fully hitam. Orang luar tak nampak doe kau kat dalam.
Kata orang, kereta aku, kereta maksiat. Cib cib je an.
Kalau ada je roadblock, semua tingkap aku kasi turun, takut doe .

......................................................................................

Aku : Ya'Allah Azral .Smpai pon kau. Penyelamat dunia .
Azral : Nie kalau tak cakap aku baik, aku tak tahu laa nak cakap ape.
Aku : Kau memang baik. Lincah isi minyak :)

Aku : Weyh ! Apasal tak hidup lagi nie ??
Messa : A'ah, asal tak hidup?
Azral : Goyang kereta .Goyang goyang goyang ..

Azral seperti seorang mekanik . Aku tengok dia seperti HERO yang hebat. Aww~
Dia membantu, dan dia ber-fangseennn sebagai seorang lelaki sejati menolong kami .
Fuyooo ! Kering aku tengok benda bulat dekat enjin nie *benda ape ekh tu? Aku tak tahu .
Azral menekan nekan sambil Messa menghidupkan enjin *Aku pegang lampu dan tengok je :)
Dan ,dan ,dan ,dan ,dan YESSSS !
Hidup ! Hidup ! Hidup !
Azral ,you are my superhero laa malam nie .Sangat bangga ada kawan macam kau .HAHAHA ! *KIPAS KIPAS :)

Azral Md Noh


Dengan tidak leceh, BALIK LAAA WEYYHHHHHH !

p/s I : Jangan mudah terpengaruh dengan minyak kereta kau Bam, sebab benda tu da tak betul .Ggrrr !

p/s II : Aku rasa, jangan laa ajak aku berjalan kalau aku rasa macam tak ikhlas nak ikut, nie semua mesty pasal Aina. Klau tak ,benda nie tak kan berlaku .HAHA .Aina Aina.. *Padahal dari pagi kau jalan sampai ke malam kau just isi RM5 je Bam minyak. MEMANG KERING laaa weyh ! HAHA

Arios tho !

*perbualan ini di edit sikit supaya pendek. haha

2 comments:

  1. hahha bce nie asyik senuyum sorang-sorang je . nseb bek ade super hero !

    ReplyDelete
  2. HAHA . Thanks . Nasib baik kan ?? HAHA

    ReplyDelete