Kajang - Danau

20 March 2011

Ini kes kalau duduk dalam hostel tanpa penghuni. BOSAN melanda di setiap sudut bilik.
Aku pandang muka kembar, kembar pandang muka aku. Bosan tak kawan kawan? Ggrrr !

Ira datang dengan lemah longlai masuk bilik aku sebab bilik dia pon kosong *aku rasa diorang nie sengaja tinggalkan kita je dekat kolej nie.
Suara kau sedap ke, suara aku macam katak ke, peduli pula aku dengan korang semua. Aku nak menyanyi dalam bilik nie. "la lalala alalallalaal"..
Puaskan diri memasing.

Lalu Alya berkata, mari kita keluar. "JOM !" serentak tanpa paksaan. Tetiba perut aku mengetuk, dia kata nak makan sate Kajang. So, aku layan je perut aku nie.

Siap cecantik. Itu penting. Berbekalkan tidur yang mencukupi, aku drive ke Kajang.
Kajang daripada Gombak sangat jauh ye kekawan. Demi perut tercinta, kami teruskan.

Berlandaskan kewarasan yang minimum, kami dalam kereta berkaraoke dengan hebat yang mungkin. Untuk capaikan kepuasan, buka tingkap. Tetiba terasa diri sehebat Amy Search semasa menyanyi. Wah !! Aku hebat ..

Bermukakan kejakunan yang ada, kiteorang terus pergi order dekat kaunter, then, dia tanya duduk meja nombor berapa..
Kami terpinga pinga.. Ouh kena cari meja dulu baru order. Okeh okeh. Jom Sery kita cari meja. Ouh macam nie rupanya sistem dia, first time pula kan datang dekat
Sate Kajang Haji Samuri..

Sate Kajang Haji Samuri

Nie muka gembira bila makanan dah sampai


Nampak kan muka jakun nak makan

Kawan kawan tahu tak kalau daripada Kajang nak ke Danau Kota tu jauh? Tapi apa boleh buat, pergi juga.
Singgah kolej kejap ambil Hydir, then, dia bawa kami semua.
Shopping bukan main lagi si Ira. Orang kaya, nama yang layak untuk dia.
Berjalan dan berjalan, makan dan makan sampai sendat seluar.

Balik je, pusing KL.
Heyy korang! Aku nie anak jati Johor Bahru tau, dengan nada jakun, aku nak bagi tahu. Aku masuk KL kali nie, dengan bangga dan riak nya, aku nak balik kolej balik, TAK SESAT, ulang suara ,TAK SESAT yee. Paham ?HAHAHAHAHHAHAHAHA *before nie aku masuk KL, SESAT ! view entry nie SESAT
Lepas nie tak de hal laa kalau nak masuk KL lagi, mesti tak ada perasaan was was bila nak cari jalan balik ye. HAHAHAHAHAHA.

p/s : Jadi riak memang tak dibenarkan, tapi, bagi aku untuk riak sekali sekala kalau jalan dekat KL nie, tak pe kot =_=

Arios tho !

No comments:

Post a Comment