Dah Solat ke Belum ?

15 March 2011

"Memang mata nie tak boleh buka ekh pagi pagi nak pergi kelas? Letih la aku macam nie kalau asyik pergi kelas lambat je. Hishhh !" bentak hati aku bila bangun nak pergi kelas pepagi *bentak ekh ayat kau BAM. HAHA-
Gagah juga aku bangun. Yelaa. Ada speaking test pulakk. Hurmmm.

********

After je makan tengah hari. Time untuk pergi kelas agama pula. Hurmm .Pakai laa cecantik sikit. Maklumlah. Ada presentation. Tengah sedap sedap ber-present kat depan. Tetiba ustaz mencelah. Dia cakap pasal apa tah. Dan tetiba dia tanya "Korang semua nie dah solat ke belum?" Wah ! Terkedu dan diam juga la kelas. Nasib baiklah aku dah solat tadi. Lepas tu ustaz tu terangkanlah dekat kiteorang kenapa kita kena solat.

"Sewa !" Korang tahu, kita kena solat sebab kita kena bayar sewa kita dekat Allah. Korang paham tak maksud dia?

Aku jujur, TAK PAHAM !

Then, dia terangkan. "Cuba korang bayangkan. Bila korang bangun pagi. Tetibe, mata kita tak nampak sebelah? Itu dah ada tandanya" Aku tak berapa nak jelas dekat sini.

"Ya'Allah ! Aku buta ! Aku buta !Tolonglah aku Allah ! -Time nie baru kita nak ingat Allah. Time kita sihat, ada kita engat?" Ouh ! Aku dah mula faham sikit.
"Anggota badan kita nie hanyalah sewa semata mata, sebagai bayaran yang jelas, kita kena lah bayar dengan perintah dia." Sekarang aku dah faham dengan sangat jelas.

********

Sekarang aku bersyukur sebab Allah masih panjangkan umur aku dan aku dapat lakukan solat dan perintahNYA dengan senang. Tapi TIPU lah kalau aku cakap, aku solat tak pernah bolos an.
Subuh ! Korang sendiri pahamkan kalau subuh macam mana. Itulah satu waktu yang waa selalu miss kalau dekat kolej nie *tp waa solat subuh juga okeh bila tersedar +_=

Aku bila subuh, kompom si setan tu ada nak meng-ngantokkan aku. Hishhh !

Bila tengok kan balik, bumi kita nie mungkin dah tak lama. Dengan Tsunami yang dah menimpa Japan baru baru nie.
Memang dah nampak lah dekat situ petanda petanda kecil dia. Masih sempat ke aku nak taubat? Masih di terima ke?
Ayat ayat macam nie, selalu kot kita dengar, BUAT nya, TIDAK ! *Aku lah tu kot =_=

Tapi bila nak diingat kan balik pasal solat nie. Aku rasa masih tak cukup kot kalau nak cover balik dengan dosa aku selama nie. HUHU.
TAKUT !

<<<<< Kenapa entry aku macam nie? Sebabnya, aku tak nak dunia kita nie hilang dengan cepatnya. Aku ada dengar satu fakta nie. "Kalau semakin ramai umat manusia ini menjalankan perintahNya iaitu solat 5 waktu, insy'Allah, ia akan melambatkan dunia kita daripada kiamat".
So, bagi siapa yang baca entry nie, jom lah kita sama sama semai balik dunia kita nie.

p/s : Aku bukan lah nak tunjuk aku nie nak jadi macam pendakwah atau penceramah bebas, just nak kongsi sikit cerita je.

Btw, aku punya presentation pasal Kerajaan Abbasiyyah. Tapi masuk cerita pasal solat bila ustaz mencelah.

Kenapa ???

Arios tho !

No comments:

Post a Comment