Menanges

17 March 2011

Menanges .... kita akan penat
Menanges .... kita akan lega
Menanges .... kita akan tenang

Ye, aku telah menanges..

Menanges ... Normal bagi manusia ...

Bila hidup kita semakin meningkat besar, macam macam masalah kita hadapi. TIPU kalau kau cakap kau tak ada masalah. KITA MANUSIA !

Aku menanges seorang diri, ye, aku masih ada seorang mak yang masih mahu dengar keluhan aku. Aku serabut dengan hidup aku sejak kebelakangan ini.

Apatah lagi aku dapat tahu kawan baik aku menimpa masalah dengan mak dia. Kawan yang aku anggap macam darah daging aku sendiri dan mak dia diperlaku seperti apa tah.
Sedang hati aku berbatu batu menahan 'terasa' dengan kawan aku yang lain, aku dapat berita macam nie.
Aku lepaskan semua, aku menanges.

Dengan tidak untuk membebankan hati aku yang semakin berat membatu ini, aku bangkit dengan cepat untuk menjalankan perintahNya. Aku solat !

Aku khusyuk kan solat aku, Aku atur kan bacaan bacaan aku dengan sempurna. Aku cuba untuk tahan sebak.
Aku menadah tangan dan berdoa untuk Allah permudahkan hidup aku, membuang perasaan yang buruk dalam hidup aku.
Aku mendoakan untuk kawan aku dan mak dia. Aku harap orang yang teraniaya ini akan di bela. Dan mereka menerima balasan bagi yang menfitnah itu.

Menitis air mata dengan kekuasaan Allah. Aku aminkan semua doa doa aku dengan tenang.

Aku terus kembali ke tilam bertemankan kawan yang menenangkan aku.

Aku terus tertidur..

p/s : Kita sentiasa ingat kepada tuhan ketika senang atau susah .DIA yang membantu kita.

Arios tho !

4 comments: