bila PTPTN dipertikaikan

11 March 2011

"Aku panas betul la dengan PTPTN nie. Bila tah nak masukkan duit. Nak tunggu abis sem pe?" nie la ayat yang selalu aku dengar setiap kali aku melangkah ke kelas. Macam macam masalah juga ekh nak pinjam PTPTN.
Mahu setiap hari check dekat ATM machine tengok duit dah masuk ke belum. Kalaulah ATM machine tu hidup, mahu dia muntah plus maki tengok muka kita hari hari je. Macam mana machine tu tak beraksi macam tu, setiap kali tengok duit tak masuk, abis machine tu di ketuk. Kesian dia =_=

"Akak ! Bila duit PT nie nak masuk? Ke kewangan tak hantar lagi borang kitaorang semua? Dah nak habis sem dah nie" Haa kau ! Kewangan pula yang diserangnya. Mahu menggagap akak akak yang kerja dalam tu. Ini jugalah buletin harian aku setiap kali lalu dan masuk dalam department kewangan. Kesian mereka nie semua *actually, padan muka sebab buat kerja lembab!-

"Aku nak bayar hutang lagi. Nak makan macam mana kalau duit tak masuk lagi. Aku nak juga shopping macam budak lain. Dapat beli ala kadar pon tak pe la." Bila dah tak ada duit acam nie lah keluhan yang selalu kita dengar.

...........................................................................................................

"APA ! duit PTPTN da masuk ?!!" Perghhh ! Wa cakap lu, time nie lah berduyun duyun student masuk 7e nak check duit *kolej aku kiteorg keluar duit dekat machine 7e je-
Buat nye orang yang baik macam aku nie nak beli jajan dekat 7e, sanggup patah balik sebab RAMAI manusia dalam tu. Aku rasa duit dalam machine tu tak sampai satu hari, mahu habis. Dashyat betul !

Mana tak seronok an keluar duit nie je hari hari. AKU KAYA ! AKU KAYA !

"Kalau duit dah masuk, apa lagi, kita OVERNITE laa. Shopping time !" Bila dah dapat PT, baru lah aku dengar perkataan perkataan yang bahagia keluar daripada mulut orang orang nie semua. Kelakarlah !

<<< Sebab aku buat entry nie? Sebab kawan kawan aku semua bercerita benda nie setiap hari. Apa yang aku cerita nie, KISAH BENAR belaka.
Mungkin aku rasa seronok bila tengok diorang nie berperasaan macam nie kalau tak dapat PT. Tapi kalau lah aku kat tempat diorang, perghh ! Mahu aku bakar kewangan tu .HAHAHA *Gelak jahat !-

Hurmmm. Aku sebenarnya tak terlibat dalam pinjaman PTPTN nie, sebab tu la aku macam tak de perasaan sangat bila PT nie masuk ke, tak dapat ke, apa ke. HAHA. Segala perbelanjaan aku ditaja khas oleh PA&MA ! *Papa dan Mama saya =_+

Bayarlah balik ye hutang PTPTN anda nanti. HEHE

p/s : bersyukur dengan apa yang kita dapat, dan jangan kita huha huha bila dapat duit yang banyak ! *apa aku cakap?

Arios tho !

No comments:

Post a Comment