Melaka: Bandaraya Bersejarah

21 September 2011

Balik dengan menaiki kereta ke KL adalah impian aku daripada sem 1, sebab?? Aku tak larat laa nak tunggu bus yang janji tak seberapa nak tepat nie.
Kalau naik kereta, vroommm, terus gerak je. Tak yah nak stay sampai 1 jam lambat. Ggrrr~



Nampak tak?? MELAKA!
Sementara nak sampai KL tu, tak reti reti lagi nak menyinggah ke?? Memandangkan hari masih siang, apa salah nya kalau singgah sekejap dekat sini kan *itu laa masalah nya kalau balik ada kereta~
Memandangkan aku balik bertiga dan aku sahaja perempuan, and aku decide, aku adalah PRINCESS untuk satu hari bersama dua orang bodyguard. Owwesseemmm kan??



Tak nampak muka?? Ouh, identity di rahsiakan supaya orang lain tak boleh hire mereka selain aku. Harap maklum.
Bila cakap je Melaka, mesti nampak terus banggunan merah, A'Famosa dan macam macam lagi.
Dan kami sempat untuk menyinggah ke semua tempat itu termasuk laa ke Dataran Pahlawan. Sungguh tercabut kaki.
Dari satu tempat ke satu tempat, dari tanggan ke tangga, habis tenaga macam tu je. Fiuhh~







Semua nampak oldskol an?? Tapi, selama aku pergi Melaka an, baru kali nie aku perasan building CIMB Bank satu nie agak oldskol juga laa.



Dia pakai building lama punya. Sangat laa jakun kan aku?? Selama nie duduk dalam kereta, duduk duduk buduh je. Tak perasan semua nye.
Kali nie baru perasan macam macam, baru tahu semua benda benda nie dekat, baru tahu cari jalan sendiri nak pergi town dia.
Terasa hebat juga laa. Kira macam oweessemmm laa.

Lepas nie aku nak pergi Langkawi pula laa. Macam best kan dapat pergi bercuti dengan kengkawan kekadang?? Wah, cool!
Anyone?? Jom ajak aku pergi kemana mana sahaja. Akan aku hargai dan ikuti nya sangat sangat.

p/s: Alangkah indahnya kalau bercuti tak pakai DUIT!

Arios tho!

Drama: Untitled

13 September 2011

Woaahhh. Ini hari rasa nya, sangat nerves kott. Mana tak nya, ini hari final drama untuk kelas aku.
Sangat laa rama rama dalam perut. Fiiuuhhh.
UNTITLED tu bukan laa tajuk betul dia, actually, aku tak tahu ape tajuk cerita nie. HAHA.
Maklum laa, haarrtiiss kan. Busy, sampai tajuk cerita pon tak tahu *shit!

Tarikh: 13 September 2011
Masa: 5.00 petang
Tempat: Student Center, UNIKOP


MOTIF?? Datang laa tengok, support support sikit kami kami nie semua. HAHA. Korang mesti tak rugi punya tengok drama pendek kiteorang.
Tersentuh, terguris, terhiris, dan macam macam lagi. Memang oweessemmm laa. Meh meh sini datang tengok. HAHA.

Watak aku?? Ouh! Watak aku sangat laa cool, sebab menjadi seorang alim yang sentiasa cool dengan apa jua keadaan yang cool untuk menjadi terus cool dalam drama nie.


Ini hubby dubby aku. HAHA. Nampak tak kami mengayakan jubah masing masing. Ambil mood kata kau! *only this picture je yg ade, so, ignore muka dia. HAHA.
Berlengas juga laa nak berlakon pakai jubah, main main pakai jubah pon ketiak aku dah minta tolong. Lagi nak berlakon. Ouhhh maannnn!
Lepas tu nak rush tukar baju lagi. Wow, letih!

Tapi nak cakap hebat laa dekat pelakon utama sebab banyak kali nak tukar baju, kesian nye. Letih nya.


Pelakon utama with her big tummy!! Cool je, comel je perut dia. HAHA. Dia sangat laa oweseemm when dia start berlakon.
Sekejap je weyh dia dapat mood nak marah, nak nanges, nak mengamuk. Pehh! Memang hebat laa. Aku sendiri tacing weyh dengan lakonan dia.
Tengok, betapa aku puji dia, betapa hebat nya dia an. Huisshh!



This is suku of our crews. Pelakon and crews. Aku prefer jadi pelakon laa weyh daripada jadi crews nie semua.
Paling paling pon, kita hafal skrip, faham mood je.
Jadi crew, macam macam kerja nak kena buat. Letih!! Tapi thanks laa kan dekat diorang nie semua, sebab pasal diorang, baru cerita tu jadi owweessemmmm.
Dan hari nie group aku adalah first performance!! OMG !! Rama rama dalam perut sangat sangat.

And wish us luck weyh! Semoga semua nya berjalan lancar, and dapat A+ for this subject. Wee~

p/s: Mom aku pesan, berlakon elok elok, nanti boleh jadi glamour. How come you mom, I already glamour laa mom. HAHAHAHAHA !!

Arios tho!

Ragam Raya II

4 September 2011

Raya dengan family itu wajib. Raya dengan kawan pon WAJIB juga. Memandang kan cuti raya aku sangat pendek,
Aku manfaat kan satu hari untuk beraya dengan kengkawan aku.


Myn, Nawal, Shah and Fiza

Kawan masa sekolah menengah yang masih ade. Memang seronok dapat jumpa mereka nie.
Bebual, mengutuk, tu memang hobi. Serius rindu nak sekolah balik.
Nak bergaduh balik time sekolah. Banyak kenangan oii time sekolah.
Wonderful !!

Dah beremba beraya dengan diorang nie, aku beremba beraya dengan the only kawan kawan aku yang still ada nie.
Memang berlengas weyh, kereta tak ada aircond, bergerak jauh jauh, baju pakai yang tu je daripada pagi, memang owwessemm la an.

Tapi kali nie ade ahli baru, ade baby laa. Alolooo. Kesian dia. Menanges kepanasan.
Baru dua bulan, dah semak nak ikut pergi beraya, nie semua ikut kepala mak dia laa.
Degil anak kau nanti, nasib! HAHAHA. *Aku doa kan dia sentiasa jadi yang terbaik, amiiinnn :)

Raiyean Nur'Ezman


Saat paling best bila kita dapat gather ramai ramai kan?? Lagi lagi dengan kengkawan yang da lama tak jumpa.
Memang rindduuu weyh. Walaupun aku baru je tak jumpa member member aku nie almost two months, tapi rindu gila babeng ouh.
Time raya nie laa nak jumpa.
Time raya nie laa nak minta maaf.
Time raya nie laa dapat buat semua sesama.
Syiiookkk nye raayyaa.







Orang kata kalau raya, tak bergambar an tak sah. Tapi gamabr yang aku ade pon ala kadar,
So, korang tengok je laa gambar yang ada nie. Kami ramai weyh. Tapi dalam gambar nie, berulang kita kita je.
Sebab ???
Sebab nya, kiteorang je yang awal.
Sebab nya, kiteorang je yang tak tahu pergi mana.
Sebab nya, kiteorang je yang suka bergambar bersepah sepah macam nie.

p/s : Next year Raiyean dah besar, tinggal dekat rumah je laa ekh?? Rumit laa ade baby. AHAHAHA

Arios tho !

Big Apple : Berjaya Times Square

4 September 2011


ihsan daripada google


Kami lunch dekat sini sampai kembung perut. BIG APPLE at Level 14 in Hotel Berjaya Times Square.
Sampai sampai je sini, tanpa panas je buntut aku, lincah aku, adik and abang aku amek pinggan, pilih makanan.
Aku nak makan nie, makan tu. Lapar weyh. Lapar nie aku tahan lama weyhhhh.
Aku kan Melayu, memang aku mula kan dengan nasi yang penuh, dengan lamb chop. Aww~
Dapat tak korang bayang kan, then, aku letak ayam potong potong dengan sos dia.
Yummy ~~


Satu table besar uh, side aku, adik and abang aku je tak berenti duduk bangun duduk pergi amek makanan.
Abah mak and member diaorg tengok je kiteorg. Sungguh tak malu kan.
Memang kaw kaw aku makan kali nie. Nie nama nya balas dendam bulan puasa tak dapat makan macam nie.
Weyh, almost sebulan aku makan kuew teow goreng dengan ayam goreng hari hari sepanjang bulan puasa.
Tidak kah itu mendatangkan muak?? Ouh, God!



Second round, kami makan daging slice, udang kari, and aku amek lagi lamb chop. Opss ! Aku tak boleh kalau tak amek tu.
Kunyah kunyah, telan.

Mereka kusyuk berbual, kami kusyuk makan


Third round, kami makan cheese cake, cheese tart, laici goreng, ais cream, bubur kacang, and macam macam lagi laa.

Forth round, adik aku nak makan lagi, dia pergi amek ayam potong potong then dia tambah kan cheese dekat atas ayam tu. OMG !
Then, dia amek lagi cheese cake. Korang boleh imagine kan macam mana calorie nye, fat nye makanan tu semua.

Last, aku suruh adik aku amek lagi lamp chop. Tak tahan aku tengok lamb chop dekat situ. Aku memang dah tak boleh nak bangun da. Malu tak malu laa weyh kalau da dapat makan.
Dan, penghujungnya, aku tersadai duduk diam diam dekat seat aku.
Dalam kereta memang aku bantai tido je. Aku hanya risau kan perut aku je yang tak boleh nak mengempis nie haa. Alamak !


Now, sesi meng-cover perut


Selamat tinggal :)


p/s : Makanlah dengan beringat *kadang kadang buas juga.

Arios tho !

Ragam Raya

3 September 2011

Pagi pagi raya memang kelam kabut satu rumah, betul tak? Dengan yang mana nak sembahyang raya la.
Nak mandi sunat raya laa. Ada yang baru nak iron baju raya laa. Tu lagi haru.

Tapi jadi aku, aku cool. Aku bangun on time. On time di sini, aku bangun paling lambat daripada yang lain, adik aku da ke masjid, aku baru bangun. Errrgghh !
Aku mandi pon on time, walaupun orang lain dah memekak suruh mandi. Aku tetap cool.

Aku tengok, semua orang dah siap, nak pakai tudung laa. Nak masuk dapur laa. Aku dengan tenang, pergi pakai baju dengan secepat siput *ngantuk weyh!
Time mak aku and yang lain dok sebuk hidang makanan dekat depan, aku baru je nak makeup. Ouh, sorry tak dapat tolong. Dan bila dah siap, aku just tolong makan. Maaf :)

Tak ada laa cantik mana ann --"


Scene paling aku suka every year, adalah Aki aku. Dia seolah olah jelmaan daripada padang pasir.
Kami para para cucu nie akan tunggu dia dengan pakaian dia. Wow, dia ooweessemmm.
Dia akan pakai serba putih bersama serban di kepala. Every year cara dia berlainan. Wow, saya teruja dengan Aki saya.

Ini Aki saya


Tapi kawan kawan, aku tak tahu laa ape silap this year, sebab TAK BANYAK GAMBAR, walaupun gambar FAMILY aku sendiri. Aku pon tak paham.
Tahu tahu, makan, salam raya, makan balik, tidur jap, beraya.
Kenapa tak ada time nak bergambar ekh ?? Gegurl tak paham laa kenapa. Isshhh !



Di sebab kan menu makanan this year banyak sangat, mungkin tak ada masa untuk semua bergambar bersama. MUNGKIN laaa.
Semua lepak dekat port nie je weyh. Aku kalau dah stay kat sini, memang susah laa nak gerak an.
Rambang mata. Ouh, lemang, ouh, rendang, ouh, sambal goreng, ouh, macam macam lagi.



Hanya ini gambar family yang aku ada --"


p/s : Harap harap next year, bilangan family aku bertambah << nak anak sedara. HAHAHAHA.

Arios tho!

Selamat Hari Raya

2 September 2011

Wow, Almost one month aku tak update. Sorry sorry yang mana buka buka je blog aku, asyik Nasi Kandar je.
HAHA. Nampak kan aku busy sepanjang bulan puasa??

Di kesempatan di hari raya nie, aku nak ucapkan laa SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN *Batin tu kalau ada laa.
Semua orang tak perfect, aku minta maaf laa kalau ada entry entry aku nie ade mnyakitkan hati.
Aku suka menaip benda benda macam haram sikit, saja, buat suka suka.
Mana yang tak suka tu, maaf laa ye. Aku manusia biasa juga.


Hari raya aku tahun nie, tak semeriah tahun tahun lepas. Sebab??
Cuti seminggu, naik naik je final exam. Shit !
Maybe aku dah besar kot, so duit raya pon macam jaram je dapat. Memang tak syiookkk.
Tapi part paling best is mercun. Every year mercun jadi santapan utama family aku kat kampung.
Main perang perang mercun bola weyh dengan orang seberang. Dah macam askar da *tapi, aku sikit pon tak bakar mercun.

Saat yang menggembirakan, aku dapat beraya dengan family aku plus ada akak ipor weyh tahun nie.
Sebulan lebih aku tak balik rumah, finally, dapat jumpa mereka semua. Serius riinndduuuu. Especially, to my mom. This year, I tak dapat tolong mom pon masuk dapur untuk hidang makan buka puasa. Kesian mom *sekali sekala tak pe an.

p/s : Minta ampun kalau ade silap, kalau tak nak, meh sini settle depan depan. Baru oowessemm !!

Arios tho.