The Giffy Shop

26 June 2011

What is GIFFY? Giffy nie satu place yang OMG babe. What kind of OMG? Oke, aku nie jenis orang yg suka benda buatan sendiri.
Then, kedai nie is one of kedai yg buat barang sendiri. Contohnye, gelang tangan, headband, keychain, and so on.


Aku buat gelang. Sungguh macam kanak kanak. Aku pilih kereta yang berwarna warni. Sungguh menarik. HAHA.
Yang paling oweseemm nye is, MURAH ! Itu yang aku suka. Memang tak boleh nak cakap ape laa. Memang kedai dia owesemm laa. Bila beli barang an org bagi begplastic,
but kedai nie dia bagi paper beg. Macam McD tu. Halamaakkk ! Comel.


Ini laa paper beg and gelang nye. Siap dapat sticker dia lagi. Comel an?







Good means oweessemmm !


Aku menjadi sangat jakun boleh dekat sini. Aku tenung tengok dia buat gelang aku. Tertarik sangat.
Kalau laa aku ada kedai nie, mesti sweet gila *oke, berangan!
Kalau yang siapa siapa stay area area KL nie, kedai dia dekat Wangsa Walk. Owweesseemmm !
Or, korang boleh review kedai dia dekat link nie.
Click here :)

Attending : Au Courant Fashion Bazaar, DELICIOUS

18 June 2011

Today, aku attend satu event dekat Mama Thistle, Kota Damansara. Memang cool gila oke this event.
I know this event from Yana and Wan masa kiteorang jumpa at Carbooth Sale last week.
Then diorang invite aku pegi event nie sebab diorang ada join this event.
CalaQisya and CalaMan. Ini kira jenama barang diorang laa. Korang just click an view diorang punya barang and kalau baik, kasi order sekali.
CalaMan baru je diperkenalkan, so, sesiapa rasa nak order, boleh view their link.


Nie laa mereka dua. Yana and Wan or lebih dikenali dengan Petisuara and Hentakbelipat. Mereka cool oke. *sorry gila gila laa pic nie goyang. Tolong salah kan Sery, harap maklum!


Apa aku beli just satin shawl from CalaQisya. Black and dark blue. Nice laa babe. Later I beli baju pula oke.
Tempat kita kan dekat, nanti senang I nak beli. HEHE.

Banyak juga laa labels yang join dalam event bazaar nie. And agak terkejut juga laa when I saw the box that I really familiar. Yess! The Scandalist pon ada dekat sini. Cool laa. Dari JB datang sini :)


The Scandalist <3


Jom layan pictures yang sempat ada tadi..






Banyak lagi actually, tapi malas lak nak upload. HUHU. Line pon macam minta penampar, sebab tu laa malas nak upload lagi, Tunggu event lain pula ekh :)

Ini pic semasa keadaan di dalam kedai. Agak sempit, tapi, redah jee.




After that, we're going to One Utama untuk makan. We choose DELICIOUS untuk santapan perut yang comel nie.



Masuk masuk je, perrghhhh ! Ramai nye umat manusia dalam nie. Diaorang tak tahu ke makan dekat sini mahal gila ?
Kenapa still ramai orang juga dalam nie? Mampu nye mereka.
Aku pergi sini pon sebab nak merasa se-delicious mana makanan kedai nie.
Mari lihat menu kami:





Yang last nie makanan aku. Nasi kerabu. Sedap doee. Banyak an? Memang tak habis wa cakap lu, membazir membazir.


Sabtu aku untuk kali ini tidak bosan. Sangat menarik dengan event nie. Dan sangat sedih dengan duit yang keluar nie. OMG !

p/s : Tak sabar untuk event 16 July nie, sempena hadiah birthday aku kot event nie. HAHA.

Arios tho !

Genting Highlands

17 June 2011

*18 June 2011

Genting Highlands memang heaven. Jujur, ini first time aku naik. And tersangat laa sejuk. Maybe macam batak sikit laa aku nie an sebab baru pergi .HAHA
Sejuk tu memang kompom laa kan. Tapi kalau da naik pukul 2.30 pagi, tak ke mental nama nya tu.
Memang padu laa an sejuk dia. Menusuk ke rongga rongga tulang belulang aku nie haa.

Maklum laa,kolej aku nie dekat je dengan Genting, so, dah tahu jalan macam nie, berkemungkinan besar, rajin turun naik Genting kot. HAHA.
Even pepagi buta macam tu pon, nikmat dia cukup terasa. Ramai juga laa orang pepagi macam gitu. Cool !



Impian aku sebenarnye nak kabus tebal yang gebu. Sebab tu aku teringin nak naik *tak laa teringin mana pon.
Bukan laa nak kata, memang tebal kabus yang aku dapat nie. HAHA !



Malas nak taip panjang, kita layan gambar je laa. Oke ? Deal ? Joommmm ...






Si Sue siap sahur lagi dekat sini. Kan jauh gila tu dia bersahur. Tak pe Sue, nti bulan puasa, kita duduk sini terus ekh ? HAHA.


Around pukul 5.30 pagi kiteorang gerak balik. Memang masuk je kereta, BAAMMMMPP !!! Tidur terus.
Tanpa memikirkan apa sahaja masalah untuk ke kelas kejap lagi, terus tidur sampai ke kolej.
Jujur, semua overdose and oversleep oke. Sorry lecturer :)

p/s : Sue and Tasha plan, next time pergi, gerak dari pagi sampai malam malam baru balik. Apa kejadah plan seperti ini??

Arios tho !

Attending : JOHO Car Booth Sale June 2011, Psychedelic Store and Tutti Frutti

11 June 2011

For the second time aku pergi Car Booth Sale. Tapi sangat la macam tak menyeronokkan laa. Sebab hujan :(
Walaupun hujan, aku lenjan juga *gerimis je sebenarnya.
And finally, reda :) Maybe aku gerak awal sangat kot sebab, banyak booth yang belom nak buka pula. Ada yang baru nak buka, ada yang park kereta je dulu.
Alamak, salah step pula nak datang. Patut nya macam itu hari, lambat lambat sikit .

Tapi oke laa. Sempat laa cuci mata dekat sana. Tapi sekejap je aku pergi sebab baru lepas hujan kan, rumput ber'air air macam tak cool la nak jalan.



Ini yang sempat capture.

Aku pergi dengan siapa??
Ouh, aku pergi dengan Ammar and Najib.
Macam mana pula boleh dengan diaorang?
Aku pon tak tahu macam mana aku bleh keluar dengan dia dua nie. Plan aku dengan orang lain, tapi aku jumpa dia dua orang. Aku angkut je la.
*Asal lak main soal jawab Bam? Pfftt !

Lepas kiteorang belecak dekat sini dengan peluh, then kami singgah jap dekat Psychedelic Store. Oweseemmm juga laa. Tapi kejap je. Sebab mood hujan tu tebal dan malas nak bejalan doe.

Nie di depan kedai ye. *Apa dalam plastic beg tu Bam?


Before ke kedai tu, kami ke kedai Bakery Salehuddin membeli belah kejap. Buat alas perut, sebab lapar ya amaattt !

Itu dia pak cik Salehuddin. *Aku rasa banyak kot pic kat sini, jujur Ammar yang delete.


After dah berjalan dekat area area sini, aku macam tertarik dekat dinding merah around Roost. Cantik menarik tertarik, Bam memang comel. Oke, tak ada kena mengena.
Merah dia memang cun habis beb !




Cantik, menarik dan tertarik kan :)


Then, kami beremba pergi makan rojak. Makan buat buat ada je. Dan lanjut ke Tutti Frutti :)
Oh, menarik nya. Lama dah tak makan. Huhuhu. Agak ramai juga laa aku tengok dalam nie. Bila aku start masuk and duduk, ramai ramai keluar pula.
Tinggal yang ado je dalam tu.
Oke, mari makan :)



Tiada tuntutan lagi selepas ini oke Ammar and Najib. Settle !



Tapi korang perasan tak dekat adik aku nie?? HAHA.
Rambut dah hitam. Alhamdulillah. Lagi satu, dapat pon jumpa dia. Dah lama sangat hilang dari pandangan nie. Syukur, hidup lagi.
Semoga sejahtera hendak nya ye Najib :)

BTW, yang paling gerek an aku nak bagi tahu sekarang nie. Ekh, finally I meet my idol oke. Siapa?? Idol blog aku laa weyh yang penah aku bagi tahu before nie, dekat entry ini.
Nak tahu siapa ?? Oke oke oke. Jangan gelojoh. Ini blog dia petisuarahentakbelipat !!
Tapi lupa nak amik gambar dengan diaorang. Gelabah lebih. Next time jumpa, kita amik gambar sesama oke :)

p/s : Now, I need more money untuk shopping. Geram tengok barang cantik, tapi tak dapat nak shopping dengan jayanya. Ggrrr !

Arios tho !

Ular itu G E L I

5 June 2011

Korang suka ular? Apa perasaan korang kalau nampak ular?
Perasaan aku? Aku macam nak lari turun naik KLCC je kalau ada orang bagi aku ular. Kenapa topik nie aku nak bualkan?
Sebab sekarang abang aku membela ular. SUMPAH aku geli gila oke. Boleh berkejar satu rumah kalau abang aku nak bagi.
Tak yah susah susah nak pergi jogging, serius aku boleh kurus kalau kau try bagi ular kat aku.
4x100 satu nafas je aku boleh lari beb !

Ular nie padahal kecik je. Sebesar jari jari aku je kot, Tapi aku punya tahap takut macam ular tu besar gile.

Dah alang alang membela tu, aku tak penah tengok ular tu makan au. Semalam, Fuhh ! GELI geleman kepala lutut aku tengok ular uh makan tikus. Err!
Tanpa segan silu dia membaham tikus kecil tu. Adoii !
See this picture :

Nampak dia belit?

Nampak tak dah masuk mulut ular tu?

Nampak lagi?? G E L I !


*Niat hati memang nak upload video. Memang dah upload da. Tapi ! Perghh ! Loading dia memang boleh pergi jauh. Yucckkkss !

Nie kira first time la aku tengok ular makan. Selekeh. HAHA ! Sampai sekarang aku tak pernah pegang ular nie. TAK ADA MASA oke *Oke, aku takut gile sebenarnya nak pegang ye.

p/s : Please abang Chem jangan cuba cuba nak bagi ular nie dekat aku kalau tak nak dengar aku menjerit satu rumah nie okeeeee !

Arios tho !