Bukit Bintang

28 March 2011

Dah puas jalan dengan kawan dekat JB, aku balik KL. Kawan KL pula menanti aku untuk berjalan.
Habis je kelas pukul 5 tadi, zuuppp ! Siap pergi ke BB.
Tak penah penah aku habiskan masa aku dekat satu tempat tu lama lama, tadi kira separuh malam aku dekat BB.
Perghh !

Girls day out

Buat ape pergi BB? Ouh ! Niat aku nak bali bag je untuk wedding abang aku nanti, aku ajak la Seri.
Si Shasha pun nak ikut, alang alang ,ajak laa Ira.
Bila da sampai BB, Efa pula nak ekot, then dia pon sampai.
Lenguh beb berjalan dengan diorang nie.

1. Seri
2. Ira
3. Shasha
4. Efa

Masing masing beli wedges dekat Vincci.
Banyak betul duit masing masing diorang nie. HAHA
Yang penting,,,, aku dapat beli beg aku. Secomel aku beb beg uh. HAHA

Yang PALING penting sekali, bende yang paling penting aku nak beli is JAM TANGAN.
Jam tangan adalah benda yang sangat penting dalam hidup aku. Aku punya jam tertinggal dekat JB.
Hidup aku seperti pencang seketika bila jam tak ada. Aku terasa kosong sekali.
Oh jam !

Dah penat penat berjalan, LAPAR laa ..
Wah ! Tengok restoran uh macam best, kiteroang masuk laa.
Then nak order makan, ceittt ! Dia punya dapur da tutup, just ada air je. APTB laa !
Baru pukul 9 kot, da tutup.

Nie la kedai nye

Then, kiteorang pergi makan dekat kedai mamak belakang. Layan juga la dapat makan nasi goreng. Kenyang !
KL nie kira kecik juga laa ekh. Tengah duduk duduk tunggu makanan, aku ternampak dua orang kawan abang aku.
Bijan and Bamok. Melambai juga laa kat si Bijan tu. Lama kot tak nampak dia.

Mamak mari

Bila perut dan mata dah sendat,apa lagi. Balik laa joyy !

p/s : Pergi kelas da boleh pakai beg baru. HAHA

Arios tho !

Saung Sunda Suwargi

26 March 2011

Tarikh nie la aku dapat balik JB .Thanks tarikh nie <3

Tarikh nie la aku dapat jumpa FRIENDSSS aku. Thanks tarikh nie <3

Tarikh nie la aku dapat lepak dekat Saung Sunda Suwargi yang kami ingin pergi. Thanks tarikh nie <3

Saung Sunda Suwargi


Cari SSS nie memang leceh gila kot. Dengan tak tahu kat mana kedai nye, main redah je cari. Memusing juga la nak cari.

Sepanjang perjalanan, Kina berperangai sebegini. Ishh ! Ishh ! Ishh !

Perghh ! Memang heaven kot kat sini sebab tak ramai orang.
Kiteorang semua makan nasi ayam penyet au, aku cakap kat lu orang, memang terbaek la nasi timbel spacial .
Ops ! Nasi ayam penyet dengan nasi timbel spacial tu same je. Yang aku nak ckap nie, sambal belacan dia, memang pergi laa .

Nasi Timbel Spacial/Nasi Ayam Penyet


Nie air aku Es Soup Buah *yang lain minum ais kosong je banyak. HAHA


Memang kenyang beb ! Bukan nak down kan kedai lain au, tp ini yang terbaek penah aku makan.
KALAH Banafee beb Nasi Ayam Penyet dia ..


Blurppp ! Niat nak gerak ke Lost Malaya sebab........

Tarikh nie la Earth Hour. Thanks tarikh nie <3

Tarikh nie la Fynn Jamal datang Johor. Thanks tarikh nie <3

Bila pergi je, Opss ! Salah tempat, diorang tak buat dekat Lost Malaya, tapi dekat bukit timbalan.
Termenung juga laa. Lepak lepak jap dengar lagu jap dekat Lost Malaya, gerak.

Bergambar jap dekat Lost Malaya mereka mereka nie


Melopong kami tak tahu nak kemana. Pusing, pusing dan terus pusing.
Hujung hujung ke Bazar Karat. Itu je la tempat yang boleh nak berjalan pon. Tapi tak larat.
Penat kooottttt berjalan je.




Di Bazar Karat


Kami ending nak balik tadi TERsangat la tak best. Tahu tahu ,mereka nie hilang.
Memang terbaik perangai masing masing tadi. HEBAT !

Yang penting ahli members semua cukup. Kecuali MALESSA SALLEH, tapi aku macam rasa dia ade je la.
Sebab Kina ada bawa kawan dia, merangkap kawan aku sekarang. HEHE.
Nama dia Niesa lebih kurang dengan Messa.
So, tadi dia menggantikan Messa buat sementara waktu ye kawan kawan +_+

p/s : Nak balik CAKAP !

Arios tho !

KALAH sendiri

Entry aku kenapa? Macam bergaduh bertumbuk je kan siap ada kalah kalah lagi.
Betul la tu. Aku kalah dengan diri sendiri sebab aku tumbuk ginjal aku, aku sakit. Kalah laa tu. Wenggg !

Aku kalah sendiri sebab an, aku tak nak ada perasaan rindu dekat F R I E N D S S S,hujung hujung, bila termenung, rindu pula. Aduh !
Ditambahkan lagi aku nie yang tengah bosan, aku pon buat la satu video yang macam ala kadar tapi okeh la. HAHA. *gelak sendiri sebab aku tahu aku buat mengarut video uh =_=


Sumpah aku tak tahu buat benda nie semua. HAHA


MALESSA SALLEH, NUR SAKIENAH, AMMAR SYAHMIN, ZAREF ADLY, DANE ZAINOL, AZRAL MD NOH,FAMY MUZAMAL and AHMAD NAJIB


Ditambahkan lagi aku yang agak dah lama tak balik ke tanah air nie *cehh! macam laa study dekat Mesir- Semangat gila nak balik laaa .

Sebenarnya, sebab utama nak shopping dgn mak abah saya. Itu yang utama nak balik. HEHE. Sebab yang lain lain tu macam tak kukuh sangat laa kalau aku nak balik.
Baik aku shopping dgn mak abah aku daripada aku buang duit keluar je. HAHAHA
Tak pe kekawan, ada masa, aku keluar dengan korang okeh +_+

Messa kata dia nak balik cuti sem nie, aloloooo, best nye. Kita kumpul balik macam dulu laa. Syiioookkkk nye hangout ramai ramai sampai dua kereta. Ayoyoooo ! HAHA

p/s : Walau jauh mana kita study, ingatlah tanah tempat kita lahir, jangan sampai lupa daratan macam aku. HAHA .Walaupun dekat, tak reti reti nak balik. HAHA

Arios tho !

Kajang - Danau

20 March 2011

Ini kes kalau duduk dalam hostel tanpa penghuni. BOSAN melanda di setiap sudut bilik.
Aku pandang muka kembar, kembar pandang muka aku. Bosan tak kawan kawan? Ggrrr !

Ira datang dengan lemah longlai masuk bilik aku sebab bilik dia pon kosong *aku rasa diorang nie sengaja tinggalkan kita je dekat kolej nie.
Suara kau sedap ke, suara aku macam katak ke, peduli pula aku dengan korang semua. Aku nak menyanyi dalam bilik nie. "la lalala alalallalaal"..
Puaskan diri memasing.

Lalu Alya berkata, mari kita keluar. "JOM !" serentak tanpa paksaan. Tetiba perut aku mengetuk, dia kata nak makan sate Kajang. So, aku layan je perut aku nie.

Siap cecantik. Itu penting. Berbekalkan tidur yang mencukupi, aku drive ke Kajang.
Kajang daripada Gombak sangat jauh ye kekawan. Demi perut tercinta, kami teruskan.

Berlandaskan kewarasan yang minimum, kami dalam kereta berkaraoke dengan hebat yang mungkin. Untuk capaikan kepuasan, buka tingkap. Tetiba terasa diri sehebat Amy Search semasa menyanyi. Wah !! Aku hebat ..

Bermukakan kejakunan yang ada, kiteorang terus pergi order dekat kaunter, then, dia tanya duduk meja nombor berapa..
Kami terpinga pinga.. Ouh kena cari meja dulu baru order. Okeh okeh. Jom Sery kita cari meja. Ouh macam nie rupanya sistem dia, first time pula kan datang dekat
Sate Kajang Haji Samuri..

Sate Kajang Haji Samuri

Nie muka gembira bila makanan dah sampai


Nampak kan muka jakun nak makan

Kawan kawan tahu tak kalau daripada Kajang nak ke Danau Kota tu jauh? Tapi apa boleh buat, pergi juga.
Singgah kolej kejap ambil Hydir, then, dia bawa kami semua.
Shopping bukan main lagi si Ira. Orang kaya, nama yang layak untuk dia.
Berjalan dan berjalan, makan dan makan sampai sendat seluar.

Balik je, pusing KL.
Heyy korang! Aku nie anak jati Johor Bahru tau, dengan nada jakun, aku nak bagi tahu. Aku masuk KL kali nie, dengan bangga dan riak nya, aku nak balik kolej balik, TAK SESAT, ulang suara ,TAK SESAT yee. Paham ?HAHAHAHAHHAHAHAHA *before nie aku masuk KL, SESAT ! view entry nie SESAT
Lepas nie tak de hal laa kalau nak masuk KL lagi, mesti tak ada perasaan was was bila nak cari jalan balik ye. HAHAHAHAHAHA.

p/s : Jadi riak memang tak dibenarkan, tapi, bagi aku untuk riak sekali sekala kalau jalan dekat KL nie, tak pe kot =_=

Arios tho !

Menanges

17 March 2011

Menanges .... kita akan penat
Menanges .... kita akan lega
Menanges .... kita akan tenang

Ye, aku telah menanges..

Menanges ... Normal bagi manusia ...

Bila hidup kita semakin meningkat besar, macam macam masalah kita hadapi. TIPU kalau kau cakap kau tak ada masalah. KITA MANUSIA !

Aku menanges seorang diri, ye, aku masih ada seorang mak yang masih mahu dengar keluhan aku. Aku serabut dengan hidup aku sejak kebelakangan ini.

Apatah lagi aku dapat tahu kawan baik aku menimpa masalah dengan mak dia. Kawan yang aku anggap macam darah daging aku sendiri dan mak dia diperlaku seperti apa tah.
Sedang hati aku berbatu batu menahan 'terasa' dengan kawan aku yang lain, aku dapat berita macam nie.
Aku lepaskan semua, aku menanges.

Dengan tidak untuk membebankan hati aku yang semakin berat membatu ini, aku bangkit dengan cepat untuk menjalankan perintahNya. Aku solat !

Aku khusyuk kan solat aku, Aku atur kan bacaan bacaan aku dengan sempurna. Aku cuba untuk tahan sebak.
Aku menadah tangan dan berdoa untuk Allah permudahkan hidup aku, membuang perasaan yang buruk dalam hidup aku.
Aku mendoakan untuk kawan aku dan mak dia. Aku harap orang yang teraniaya ini akan di bela. Dan mereka menerima balasan bagi yang menfitnah itu.

Menitis air mata dengan kekuasaan Allah. Aku aminkan semua doa doa aku dengan tenang.

Aku terus kembali ke tilam bertemankan kawan yang menenangkan aku.

Aku terus tertidur..

p/s : Kita sentiasa ingat kepada tuhan ketika senang atau susah .DIA yang membantu kita.

Arios tho !

Burung Hantu

16 March 2011

Heaven nye kelas pukul 4. Stay diam diam dalam bilik after balik kelas kol 8 tadi. Semua tak de. Boleh buka lagu kuat kuat *Bilik aku nie susah sikit nak buka lagu kuat kuat =_=
Dengan perasaan yang kosong dan blank pada waktu waktu sekarang nie, aku nak buat entry lah.

"Bam! Nanti kau nak apa, minta je tau." Ini adalah pertanyaan orang yang mendapat PTPTN. Aku memang tersenyum bangga la sebab ada orang nak belanja. HEHE.

"Awak. Nanti dekat BB, belikan laa ape ape ekh?" Ini pula permintaan orang yang baik seperti aku kepada budak PTPTN.
Saja je minta macam tu, ingat kan dia tak nak beli ape ape. Then, dia balik, dia belikan aku rantai. Wow ! Cantik, dan sangat besar BURUNG HANTU nye.

Tengok mata dia, alolo comelnya .Besar nye ,Putih nye..

Makin bertambah koleksi rantai burung hantu aku. HEHE. *aku orang yang jenis suka pakai rantai-
Kenapa aku suka burung hantu? Sebab dia OWL ! HAHAHA. Aku pun tak pasti kenapa. Mungkin dia comel kot.
Stock aku sekarang da ade rantai burung hantu yang melebih and cincin. Lepas nie nak cari gelang burung hantu la. *ade ke gelang macam tu?-

Bukan aku je suka, kawan yang lain pun suka juga. Kesukaan kami terhadap burung hantu ni melampau lampau. HAHA .Sebab?

Kiteorg kena buat satu assignment. Bagi student sem 2 *aku baru sem 2? Lama nye nak final sem- kiteorang kena publish satu company main main.
Then, si Seri nie dia menyuara untuk buka kedai vintage and accessories. SAH ! Kiteorng pon start la buat assignment.
Nak tahu logo ape kireorang guna untuk kedai kami?

Yes ! Burung Hantu ..


See ! Cantik kan burung hantu tu. HAHA
Ignore je nama company tu sebab macam ade nama aku sikit. HAHA


Lecturer cakap cantik tau. HAHA. Bangga kami disitu.
Tapi ,ada problem sikit, abah aku tak bagi aku beli benda benda macam nie. HUkhuk. Sedih je, tapi, berbekalkan kepala batu yang ada, aku beli juga *Sorry abah +_+

So, sesiapa yang mulia kalau nak belanja aku, korang bagi je bende bende pasal burung hantu nie. HAHA.

Arios tho !

Dah Solat ke Belum ?

15 March 2011

"Memang mata nie tak boleh buka ekh pagi pagi nak pergi kelas? Letih la aku macam nie kalau asyik pergi kelas lambat je. Hishhh !" bentak hati aku bila bangun nak pergi kelas pepagi *bentak ekh ayat kau BAM. HAHA-
Gagah juga aku bangun. Yelaa. Ada speaking test pulakk. Hurmmm.

********

After je makan tengah hari. Time untuk pergi kelas agama pula. Hurmm .Pakai laa cecantik sikit. Maklumlah. Ada presentation. Tengah sedap sedap ber-present kat depan. Tetiba ustaz mencelah. Dia cakap pasal apa tah. Dan tetiba dia tanya "Korang semua nie dah solat ke belum?" Wah ! Terkedu dan diam juga la kelas. Nasib baiklah aku dah solat tadi. Lepas tu ustaz tu terangkanlah dekat kiteorang kenapa kita kena solat.

"Sewa !" Korang tahu, kita kena solat sebab kita kena bayar sewa kita dekat Allah. Korang paham tak maksud dia?

Aku jujur, TAK PAHAM !

Then, dia terangkan. "Cuba korang bayangkan. Bila korang bangun pagi. Tetibe, mata kita tak nampak sebelah? Itu dah ada tandanya" Aku tak berapa nak jelas dekat sini.

"Ya'Allah ! Aku buta ! Aku buta !Tolonglah aku Allah ! -Time nie baru kita nak ingat Allah. Time kita sihat, ada kita engat?" Ouh ! Aku dah mula faham sikit.
"Anggota badan kita nie hanyalah sewa semata mata, sebagai bayaran yang jelas, kita kena lah bayar dengan perintah dia." Sekarang aku dah faham dengan sangat jelas.

********

Sekarang aku bersyukur sebab Allah masih panjangkan umur aku dan aku dapat lakukan solat dan perintahNYA dengan senang. Tapi TIPU lah kalau aku cakap, aku solat tak pernah bolos an.
Subuh ! Korang sendiri pahamkan kalau subuh macam mana. Itulah satu waktu yang waa selalu miss kalau dekat kolej nie *tp waa solat subuh juga okeh bila tersedar +_=

Aku bila subuh, kompom si setan tu ada nak meng-ngantokkan aku. Hishhh !

Bila tengok kan balik, bumi kita nie mungkin dah tak lama. Dengan Tsunami yang dah menimpa Japan baru baru nie.
Memang dah nampak lah dekat situ petanda petanda kecil dia. Masih sempat ke aku nak taubat? Masih di terima ke?
Ayat ayat macam nie, selalu kot kita dengar, BUAT nya, TIDAK ! *Aku lah tu kot =_=

Tapi bila nak diingat kan balik pasal solat nie. Aku rasa masih tak cukup kot kalau nak cover balik dengan dosa aku selama nie. HUHU.
TAKUT !

<<<<< Kenapa entry aku macam nie? Sebabnya, aku tak nak dunia kita nie hilang dengan cepatnya. Aku ada dengar satu fakta nie. "Kalau semakin ramai umat manusia ini menjalankan perintahNya iaitu solat 5 waktu, insy'Allah, ia akan melambatkan dunia kita daripada kiamat".
So, bagi siapa yang baca entry nie, jom lah kita sama sama semai balik dunia kita nie.

p/s : Aku bukan lah nak tunjuk aku nie nak jadi macam pendakwah atau penceramah bebas, just nak kongsi sikit cerita je.

Btw, aku punya presentation pasal Kerajaan Abbasiyyah. Tapi masuk cerita pasal solat bila ustaz mencelah.

Kenapa ???

Arios tho !

bila PTPTN dipertikaikan

11 March 2011

"Aku panas betul la dengan PTPTN nie. Bila tah nak masukkan duit. Nak tunggu abis sem pe?" nie la ayat yang selalu aku dengar setiap kali aku melangkah ke kelas. Macam macam masalah juga ekh nak pinjam PTPTN.
Mahu setiap hari check dekat ATM machine tengok duit dah masuk ke belum. Kalaulah ATM machine tu hidup, mahu dia muntah plus maki tengok muka kita hari hari je. Macam mana machine tu tak beraksi macam tu, setiap kali tengok duit tak masuk, abis machine tu di ketuk. Kesian dia =_=

"Akak ! Bila duit PT nie nak masuk? Ke kewangan tak hantar lagi borang kitaorang semua? Dah nak habis sem dah nie" Haa kau ! Kewangan pula yang diserangnya. Mahu menggagap akak akak yang kerja dalam tu. Ini jugalah buletin harian aku setiap kali lalu dan masuk dalam department kewangan. Kesian mereka nie semua *actually, padan muka sebab buat kerja lembab!-

"Aku nak bayar hutang lagi. Nak makan macam mana kalau duit tak masuk lagi. Aku nak juga shopping macam budak lain. Dapat beli ala kadar pon tak pe la." Bila dah tak ada duit acam nie lah keluhan yang selalu kita dengar.

...........................................................................................................

"APA ! duit PTPTN da masuk ?!!" Perghhh ! Wa cakap lu, time nie lah berduyun duyun student masuk 7e nak check duit *kolej aku kiteorg keluar duit dekat machine 7e je-
Buat nye orang yang baik macam aku nie nak beli jajan dekat 7e, sanggup patah balik sebab RAMAI manusia dalam tu. Aku rasa duit dalam machine tu tak sampai satu hari, mahu habis. Dashyat betul !

Mana tak seronok an keluar duit nie je hari hari. AKU KAYA ! AKU KAYA !

"Kalau duit dah masuk, apa lagi, kita OVERNITE laa. Shopping time !" Bila dah dapat PT, baru lah aku dengar perkataan perkataan yang bahagia keluar daripada mulut orang orang nie semua. Kelakarlah !

<<< Sebab aku buat entry nie? Sebab kawan kawan aku semua bercerita benda nie setiap hari. Apa yang aku cerita nie, KISAH BENAR belaka.
Mungkin aku rasa seronok bila tengok diorang nie berperasaan macam nie kalau tak dapat PT. Tapi kalau lah aku kat tempat diorang, perghh ! Mahu aku bakar kewangan tu .HAHAHA *Gelak jahat !-

Hurmmm. Aku sebenarnya tak terlibat dalam pinjaman PTPTN nie, sebab tu la aku macam tak de perasaan sangat bila PT nie masuk ke, tak dapat ke, apa ke. HAHA. Segala perbelanjaan aku ditaja khas oleh PA&MA ! *Papa dan Mama saya =_+

Bayarlah balik ye hutang PTPTN anda nanti. HEHE

p/s : bersyukur dengan apa yang kita dapat, dan jangan kita huha huha bila dapat duit yang banyak ! *apa aku cakap?

Arios tho !

mukaBUKU

10 March 2011

"ha ! Da pukul 2 petang ?Ggrr ! Mengantok nye mata aku nie .Buka la .Bangun la mata .Nak jadi apa bangun pukul 2 macam nie !" Nasib baik dekat kolej, kalau dekat rumah, mahu abah aku pijak perut plus smackdown kepala aku nie. Fuhh !
Bila da bangun waktu waktu macam nie, subjek utama aku ialah ON laptop dan terus ke web www.facebook.com tanpa membasuh muka dan memberus gigi. Yehaa !

ehsan daripada Google

Wah wah wah ! Notification la aku tengok dulu kan, ekh ,ada friends request pula. Okeh BAM ! Buka satu satu okeh .Jangan gelojoh sangat.
"eleh, kau nak kutuk picture aku la nie sekarang ?engat aku heran .tarakkk laa !" sambil ber-monoloque sesorang masa baca notification *habitkan kalau kutuk org lain-
Ekh .Kawan kawan aku online la .Apa lagi chit chat laa ye. "Ensem doe mamat dekat kolej aku nie. Kalau dapat, memang tak lepas la" perbualan macam nie biasanya aku anggap macam perbualan budak poyo poyo, so, biarlah sebab aku yang cakap macam nie. Ggrrr !

Alamak! Memang menyampahlah kalau nampak budak yang kita tak suka online an *BAM, kau ingat facebook nie untuk kau sorang?-
Tapi, biarlah dia online. Ekh ! Budak aku admire nie online laa. Yehaa ! Stalker time la babe. "Ekh, in relationship sudah? Hurmm. Apa pon tak dapat" keluhan hati sambil mengetuk ngetuk button back. Hampa la hati aku. Tak pe la, aku nak stalker budak yang stalker aku pula laa. HAHA. Balas dendam la beb. Kau stlaker aku, aku stalker kau. HEHE. "ouh, hurmmm, ekh ,haa ,ekh, siot je, laaa, ouh, okehh !" Riaksi bila kita baca wall orang yang kita tak kenal.

"BAM !! Kau buat apa? Assignment dah siap belum ha? Bukan nye nak kena hantar abis sem assignment nie semua !" dengan penuh nada marah, aku boleh kena sound macam nie. Time orang dah cakap macam nie la baru teringat macam macam. Assignment laa, presentation laa, mock meeting laa, haa ! Berlambak kerja kau tak siap. Baru nak happy, mood aku terus merundum kekesalah *ayat kau nak pergi mana BAM?-
"BAM, awak kan nak jadi budak yang baik, kata nak dekan. Janganlah asyik nak mengadap Facebook. Kalau sekejap tak pe, ini celik mata buka FB, tak de kerja buka FB, tengah buat assignment buka FB, sebelum nak tido buka FB ! Tak bosan ke wahai BAM?" Aku monoloque sesorang lagi sambil bermotivasikan diri sendiri. Hurmmm .....

<<<<< Mesti korang tertanyakan apa motif aku cakap pasal nie *kalau tak tanya pon, aku nak bagi tahu gak-
Ini semua benda yang aku buat setiap hari sebenarnya, FB FB FB ! Actually, aku sendiri bosan mengadap FB hari hari, tapi, benda nie je yang senang aku nak buat.
So, after assignment for this sem macam nak mati banyak dia. Aku pon nekad nak deactive account aku nie.
So, yess ! Aku dah berjaya untuk beberapa hari nie. Aku bangun tidur je, aku buka buku, buat assignment after dah siap kerja aku, aku buka la blog dan blog orang lain. Nampak kan perubahan dia dekat situ? Tak tipu. HAHA.

p/s : Kalau nak berubah, semua atas kehendak diri sendiri okeh. Btw, aku active dekat blog je sekarang . Yehaa !

Arios tho !

HIJAU hutan vs ice ROOM

5 February 2011

Hari Sabtu yang membosankan apabila bangun dari tidur ,tak ade sape pon dalam bilik .Yang tinggal ,aku ,kembar ,nisa and mama .Sumpah bosan .Syukur kepada Allah kerana Kak Shikin bagi pinjam kereta .OK ! Heaven sikit yee .

Alya plan nak pergi mandi kat air terjun .Woo~ Best .Tapi rasa macam malas pon ada .Aku golek golek dulu dekat katil .Alya paksa lagi .Hurmm .Oke lah .Aku pon ajak Nisa and Mama .Then Mama bagi suggestion pergi mandi dekat Sungai Congkak dekat Kajang .Wah ! Macam menarik .Tapi aku tak tahu jalan .Then Mama call bapak dia tnye jalan and also boy dia sbb nak tahu jalan .

Dengan semangat wajar ,after makan tengah hari ,kami gerak .First ,gerak ke Giant kejap sebab Nisa nak beli baju kurung dulu ,Then ,mari kita pergi !!

Masuk la KL an ,seb bek tak jem .Sekali nak masuk Jalan Kuching ,SUMPAH !! Jem gila nak mati okeh .Penat kaki aku nak tekan klas kereta nie .Memang macam nak nanges laa jem macam nie .Dah la nak pergi Kajang uh agak jauh . Lagi dengan jem macam nie ,nak sampai pukul berapa ? Adoii ! Dengan tanpa memikir panjang ,kiteorang pusing balik ke Gombak .HAHA .

Masa jem otw ke Kajang :)

Hujung hujung mandi dekat FRIM (kawasan perhutanan) .At least dapat juga mandi .Memula masuk an ,perghh ! Sejuk nye kawasan nie .Cantik sangat ,mcm dekat overseas *aku first time masuk ,so ,agak jakun sikit la :)-
Ada rumah ,ade sekolah ,ada loji dan macam macam *nampak kan cara orang jakun tengah bercerita .HAHA-
Cari punya cari ,tak nampak nampak pon tempat mandi nie .Masuk dalam lagi ,Tak de pon .Masuk lagi lagi dalam .Woo~ Jauh nye ke dalam .

FRIM

Akhirnya ,sempurna .Itu dia air terjun *actually an ,tak de la semegah mane air terjun dia .boleh laa untuk berendam .HAHA-
Cari port dulu ,park baju ,then ,TERJUN ! Huusshhh ! Terketar aku .Sejuk baii ! Da lama kot tak mandi air terjun .Bermandi sambil bergambar :)

Mandi sakan bai !!


Sumpah ko comel Nisa !

Sangat hijau hutan dekat sini .Seronok and santai nye .Lain kali boleh pergi lagi laa *kalau kereta free la .HEHE-
Mandi punya mandi ,alaaa ,nak hujan pulak .Then kiteorg bersiap terus nak balik .Masuk toilet ,tukar baju ,mandi sikit .HAHA . Dah wangi wangi semua ,berbekalkan kek yang tinggal sedikit ,kiteorng kembali ke kereta .

Ekh ! Fuyooo ! Banyak nye monyet .Sumpah takut ! Dia main dekat dengan kereta kiteorg .Macam mana nak oergi kat kereta .Gila bapak banyak .BESAR BESAR pulak tu .HAHA .Azma ,Nisa ,Mama and Alya jalan depan aku .Then ,diorg nie macam agak gagah ,nak jalan juga kat kereta .Alya ada cakap ade monyet besar kat sebelah diorg .Memang besar okeh . Aku nampak monyet uh turun daripda batu and jalan ke arah diorang .Aku terdiri terkaku okeh sebab takut .Dia pergi dekat Azma ,siap pegang kaki Azma .Nisa dah menjerit jerit .HAHA .Sebab ape au ,sebab monyet uh nampak makanan Nisa bawa ,kek coklet tadi .HAHA .Tak macam bengang pula an sebab semua org tengok .Bapak malu .Kelam kabut aku masuk kereta .HAHAHA .Memalukan .

Nie la monyet nye .Ggrrr !

Then ,jalan keluar daripada FRIM ,kalau da pergi mandi ,mesty laa lapar an ,kami menuju ke Sri Gombak .Makan .Pusing sampai dua round sebab nak servey tempat makan .Then ,dengan sebulat suara *cewahhh- kami pilih Ice Room !

See ! Betapa penat nye muka kami ..


Sedap okeh :)

Finally ,dapat pon makan kat sini .HEHE .



See ! Lapar tak lapar an .HAHA


Tea =_=


Nasi lemak <3


BLUEBERRY ICE CREAM ! Sedap gile *ice cream nie unik beb :)

Heaven juga makan dekat sini .Sedap pon sedap .Hujan hujan ,makan ice cream .Memang nak terkucil laa an .Blurrpppp ! Kenyang ,balik laaa .

LICIN :)

Bila dah balik ,untuk mendapatkan suasana yang nyaman dan menarik ,kami bawa turun tilam ke lantai ,tutup semua lampu ,dengan suasana yang sejuk ,kami TIDUR ! Wah ! Heaven nye hidup macam nie .HAHA .

p/s : Guna kan laa hidup ini dengan sebaik mungkin *???- Btw ,bende yg tak di rancang ,sangat menarik :)

Arios tho !